Wednesday, November 17, 2010

Sport Day TCB 2010!!!!!

Bismillahi Walhamdulillah...


Alhamdulillah,13 November yang lepas,Tadika Cinta Bestari menjalankan Hari Sukan dan Penyampaian Anugerah Potensi untuk anak-anak TCB. Syukur segalanya berjalan lancar,tidak hujan dan tidak terlalu panas,just fine(^_^).

Aktiviti bermula seawal 8.00 pagi dengan ketibaan para ibubapa bersama anak-anak mereka. Tepat 8.30am,senamrobik anak-anak dimulakan dengan lagu 'Demi Matahari' dan 'Chicken Dance'. Aktiviti ini menguji kebolehan koordinasi tangan dan kaki berdasarkan rentak yang di cam melalui deria pendengaran. Huhu,menarik melihat aksi si kecil bersenamrobik.


Bersedia untuk senamrobik

Acara sukan yang dijalankan menekankan aspek motor kasar.Antara acara yang dipertandingkan adalah :

1) Lumba Lari
2) Bawa bola pingpong dalam sudu
3) Pas Air menggunakan cawan

Peserta terdiri daripada anak-anak TCB yang berusia antara 3 - 5 tahun.Mereka dibahagikan dalam kumpulan mengikut perkembangan fizikal masing-masing.

Pertandingan meniup belon sampai pecah bertukar menjadi tiup belon paling  besar

Juga terdapat acara untuk anak-anak yang berusia 7tahun hingga 12 tahun.

Selesai acara sukan,beralih acara penyampaian hadiah. Masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak,huhu! Selain hadiah acara sukan,TCB juga menyediakan Sijil Anugerah Potensi. Kami tidak menilai anak-anak melalui pencapaian markah paling tinggi dalam ujian bertulis untuk anugerah ini. Tetapi kami ingin mengeluarkan,meraikan dan mengembangkan lagi potensi tersendiri yang ada pada diri setiap anak-anak ini. Antara anugerah potensi yang disediakan ialah :

Tak sabar menunggu hadiah,huhu

1)Anugerah Potensi Minda Cerdas - untuk anak-anak yang cerdas dan kuat daya ingatannya

2)Anugerah Potensi Aktif Kreatif - untuk anak-anak yang aktif di lapangan fizikal dan punya estetika kreatif

3)Anugerah Potensi Anak Muslim Mandiri - untuk anak-anak yang sentiasa disiplin,kemas dan teratur dalam setiap urusannya

4)Anugerah Potensi Karismatik - untuk anak-anak yang punya aura ketokohan dan kepimpinan

Antara penerima anugerah

Bergambar bersama hadiah dan sijil anugerah masing-masing

Alhamdulillah,majlis bersurai sekitar 11.00pagi. Terima kasih tidak terhingga kepada setiap tea yang bertungkus lumus menjayakan Hari Sukan ini.Tidak lupa kepada para ibubapa yang turut sama menyumbang dan sentiasa memberikan sokongan.Mohon maaf andai ada sebarang kekurangan sepanjang acara berlangsung.

Terima Kasih daripada barisan Tea TCB!!

2 comments:

  1. tahniah barisan tea TCB...MOGA TERUS CERIA

    fr
    khalish_pelangi

    ReplyDelete
  2. all da best! teruskan melangkah..bantuan allah pasti datg..insyaallah...

    ReplyDelete