Monday, May 28, 2012

Hari Sukan TCB 2012

Assalamualaikum w.b.t

         Hari Sukan Tadika Taska Cinta Bestari(TCB) diadakan pada 13 Mei 2012. Tempat kali ini diadakan di padang Sek Men Saujana Indah.Bermula acara pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Alhmadulillah dengan cuaca yang tenang dan redup walaupun sedikit hujan, acara sukan berjalan dengan lancar. Kelihatan ramai ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan kepada anak masing-masing. Acara sukan dimulakan dengan acara perbarisan dari anak didik Tadika Cinta Bestari yang diketuai oleh komandan adik Abbas Syakir bin Mohamed Nor Azhari. Anak-anak memulakan dengan bacaan Al-Fatihah , kemudian dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah, bacaan ikrar yang diketuai oleh komandan sebelum tamat dengan cheer dari anak didik Tadika Cinta Bestari. Penuh semangat dan disiplin ketika anak-anak berkawad sepanjang acara perbarisan.

        Kemudian acara diteruskan dengan upacara perasmian oleh Encik Ibrahim tetamu yang dijemput untuk menyempurnakan perasmian. Encik Ibrahim adalah antara insan yang banyak membantu untuk sama-sama menaikkan nama TCB pada awal penubuhan. Selepas acara perasmian, acara sukan diteruskan dari aksi anak kecil Taska Cinta Bestari. Acara sukan taska melibatkan umur anak-anak antara 2 tahun dan 3 tahun. Acara 3 tahun yang dipertandingkan seperti bawa bola menggunakan gelung, bawa bola menggunakan sudu dan acara memerah span manakala acara 2 tahun ialah mengutip bola paling banyak dan acara memindahkan batu di dalam pinggan menggunakan sudu. Comel dan bersemangat anak-anak kecil ini beraksi di padang.

        Setelah selesai acara sukan taska, acara sukan tadika pula dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan seperti acara lari dalam kain sarung, cari syiling dalam tepung, acara membawa pundi kekacang dan acara berjalan menggunakan terompah. Acara ini melibatkan umur anak-anak antara 4,5 dan 6 tahun. Acara lumba lari turut diadakan sebagai acara tambahan yang terbuka kepada adik-beradik dalam keluarga. Acara yang sangat dinantikan adalah acara keluarga yang melibatkan peranan ibu bapa dan anak iaitu acara meniup belon hingga pecah dan acara memenuhkan air dalam cawan menggunakan straw.

      Sebelum berakhir acara sukan TCB, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan. Warga TCB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan sukan TCB 2012 tahun ini. Moga Allah membalas dengan memberi balasan yang sebaiknya.

Lihat wajah-wajah ceria sepanjang Hari Sukan TCB 2012.

Anak-anak bersedia untuk acara perbarisan

Adik Abbas memberi arahan ketika perbarisan

Anak didik kecil taska 3 tahun
Acara bawa bola guna gelung

Acara taska-kutip bola anak kecil 2 tahun
Acara sukan tadika-lumba terompah
Acara cari duit syiling dalam tepung
Acara bawa pundi kekacang
Acara keluarga antara ibu bapa dan anak-anak
Acara memenuhkan air dalam cawan menggunakan straw
Bersedia untuk mengambil hadiah

Bestnyer dapat hadiah!-acara sukan taska

Seronoknyer

Wajah ceria mendapat hadiah-Tahniah !
Hadiah cabutan bertuah
Senyum,pengerusi TCB dengan keluarga Encik Ibrahim
Wajah2 ceria guru TCB
Syabas buat semua guru bertungkus lumus menjayakan sukan TCB 2012

Alhamdulillah .secara ringkas diari perjalanan hari sukan tahun ini, moga kita bertemu dalam pertemuan akan datang insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment