Saturday, December 8, 2012

Majlis Graduasi TCB 2012

Baru ini Tadika Cinta Bestari ada mengadakan Majlis Hari Graduasi 2012. Tahniah kepada adik-adik yang telah bergraduasi. Tahniah juga kepada semua yang telah menjayakan Majlis Graduasi Tadika Cinta Bestari ini terutama kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.


Husna membaca surah al-Baqarah ayat 1-5
Barisan guru TCB yg penuh dedikasi, moga Allah meneguhkan hati2 kalian untuk istiqamah menjadi pendidik ank2 kecil  

Tetamu kehormat untuk merasmikan majlis Dr.Nailul Morad pensyarah ekonomi USM kampus induk.


sibuk membuat persiapan

Terima kasih kepada jurukamera majlis ,hehe naili.




 Gandingan Fatihah dan Alif yang serasi sebagai pengacara kecil ketika majlis graduasi

Persiapan sebelum majlis bermula


Barisan guru TCB, tahniah kepada semua bertungkus lumus menjayakan graduasi tahun ini.


Monday, November 5, 2012

Jemputan Ke Majlis Ikhtifal

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua, kami warga Tadika Cinta Bestari akan mengadakan Majlis Ikhtifal. Dijemput semua waris Tadika Cinta Bestari hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi : -

TEACHER RIKA: 013 4662781

TEACHER LILY: 013 4668944


MAJLIS IKHTIFAL

Tarikh: 11 November 2012

Tempat: Dewan Institut Latihan Arumugan

Masa: 8.00 pagi - 12 tengah hari


Monday, October 1, 2012

Kekosongan Jawatan

Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, di Tadika Cinta Bestari ade kekosongan jawatan. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan tidak kurang dari 18 tahun untuk memohon jawatan tersebut. Jika ada yang berminat, boleh hubungi nama yang tertera dibawah ini.


 Teacher Rika :013-4662781

Teacher Lily :013-4668944

Event Open Day

Untuk makluman pada semua, kami warga Tadika Cinta Bestari akan mengadakan majlis Open Day. Berikut adalah pada hari tersebut. Sila hadir bagi memeriahkan lagi majlis kami nanti dan pihak kami juga akan memberikan diskaun sebanyak 20% pada ibu bapa yang mendaftar untuk tadika HANYA SAH pada hari tersebut sahaja. Jadi, jangan lupa ye ! =)


OPEN DAY

Tarikh: 13 Oktober 2012

Tempat: Tadika Cinta Bestari 

Masa: 8 pagi - 6 petang