Friday, August 27, 2010

Latar Belakang

Sejarah Penubuhan TCB

Taska Cinta Bestari telah pun ditubuhkan pada 2008 yang bermula taska dirumah, kemudian terus berkembang dan kini terdapat satu cawangan baru Taska Cinta Bestari di Taman Ilmu yang beroperasi pada Setember 2010.Tadika Cinta Bestari ditubuhkan pada Januari 2010 sebagai langkah untuk terus mendidik dan membimbing anak-anak serta memberi alternatif pendidikan pra sekolah bersepadu selaras dengan Kokurikulum Pendidikan Kebangsaan.

Tadika Cinta Bestari

Misi
Menyediakan pembelajaran yang menyeluruh buat anak-anak merangkumi aspek perkembangan spiritual, intelektual, akhlak dan sosial melalui medium islami-inggeris berdasarkan penerapan islam yang syumul.

Visi
Melahirkan muslim cilik profesional yang teguh akidah,intelek, berakhlak kerimah dan berketrampilan dalam menghadpai cabaran dunia global.

Kemudahan
Pengangkutan disediakan

Tadika
Umur :4 tahun hingga 6 tahun
Hari :Isnin-Jumaat(8.30pagi-12.00tengahari)
Perkhidmatan lain :
1)Penjagaan Harian
2)Transit
3)Mengaji Iqra'/ Al-quran
4)Program cuti sekolah

Taska Cinta Bestari 

Misi
Menyediakan persekitaran yang penuh cinta, selamat dan ceria berasaskan islam yang syumul.

Visi
 Melahirkan anak cilik yang bersedia secara mental, fizikal, spiritual dan sosial untuk meneruskan proses perkembangan di peringkat Pra Sekolah.

Taska
Umur :Baby setahun ke atas hingga 3 tahun
Hari :Isnin-Jumaat(7.00pagi-6.00petang)
Sabtu-Jika ada permintaan dari ibubapa tertakluk perubahan TCB
Perkhidmatan lain :
1)Transit
2)Mengaji Iqra'/ Al-quran

No comments:

Post a Comment