Sunday, December 18, 2011

Smart Soleh Camp aka School Holiday Programme TCB Nov-Dis 2011

Bismillahi walhamdulillah...

Untuk cuti sekolah  kali ini,terdapat banyak pertambahan aktiviti baru (^_^)

1) SeCerah - Sesi Cerdas Ruhi,hafazan hadith pendek,asma Allah dan juzuk amma

2)Survivor - melatih kecekapan mental dan semangat berpasukan

3) Ilmuwan Islam - menggali kisah-kisah ilmuwan islam zaman lampau

4)Leadership skill - melatih yakin diri

Dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain...(^_^)













Come join us!!!(^_^)

Majlis Ihtifal Tadika Cinta Bestari 2011.

Bismillahi walhamdulillah...

14 November 2011, Majlis Ihtifal Tadika Cinta Bestari 2011 buat julung kalinya di adakan. Bertempat di Dewan Kuliah USM Kejuruteraan,majlis berlangsung meriah dengan persembahan dan telatah anak-anak didik TCB.

Majlis bermula dengan laungan azan oleh adik Hakim bin Sukeri.Kemudian majlis dibuka dengan bacaan Alfatihah oleh anak-anak didik TCB,disusuli dengan persembahan nyanyian lagu Negaraku, 1 Malaysia dan Assalamualaikum Ibu Ayah. Menariknya,anak-anak yang berusia 3 tahun turut menyertai persembahan ini.

Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh En Mahadi bin Mat Saat,bapa kepada salah seorang anak didik TCB. Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat pada malam tersebut - Prof Madya Dr Taksiah A.Majid dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM Kejuruteraan. Beliau juga menyampaikan sijil graduasi kepada anak-anak didik TCB yang selesai menamatkan sesi pembelajaran di TCB bagi sesi 2011.

Majlis kemudian dimeriahkan dengan persembahan muzikal 'Sepohon Kayu' oleh anak-anak didik TCB,disambung dengan tarian tradisional lagu 'Mesra Desa'. Akhir sekali,majlis ditutup dengan persembahan lagu 'Terima Kasih Guru' oleh anak-anak didik TCB.


                                              Persembahan lagu 1 Malaysia




                        Penyampaian sijil oleh Prof Madya Dr Taksiah A.Majid


                                                 Persembahan Muzikal 'Sepohon Kayu'

Alhamdulillah majlis berjalan lancar,terlukis riak keriangan di wajah-wajah kecil anak-anak ini.Semoga Allah memberkahi majlis ini.Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua guru dan para ibubapa yang telah menjayakan majlis ini.(^_^)

Friday, December 9, 2011

Lawatan Ke Zoo Taiping

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, pada khamis lepas iaitu 1 Disember 2011 diadakan lawatan ke Zoo Taiping sempena program cuti sekolah yang diadakan pada akhir tahun ini. Hampir 20 pelajar terlibat dalam lawatan ini bersama dengan 5 orang guru pengiring. Pelbagai binatang dapat dilihat sepanjang lawatan ini yang memberi banyak info meningkatkan pengetahuan anak-anak didik di tadika. Seronok melihat telatah anak2 yang gembira dan ceria sepanjang lawatan ini . Terima kasih kepada ibu atirah dan ibu hana yang turut sama memberi sokongan dan bantuan sepanjang lawatan ini.Syabas buat semua, lawatan ini memberi kelainan berbanding lawatan yang pernah diadakan sebelum ini.

Anak2 kusyuk mendengar penerangan renjer lawatan











Senyum!
Menarik ,dapat bergambar bersama kangroo


Kenangan bergambar sebelum pulang.

Syukur, Allah permudahkan segala perjalanan sepanjang lawatan ini. InsyaAllah akan datang diadakan lawtan ke Petrosains Dinotrek di Seberang Perai.Mari yuk jangan lepaskan peluang untuk sama-sama melawat Dinotrek!.