Wednesday, January 14, 2015

Adakah Anak Saya Mempunyai Ciri-ciri Autism?

Bismillahi walhamdulillah...

Selamat datang tahun baru 2015.

Selamat datang juga anak-anak didik TCB bagi sesi 2015.

Dan terima kasih kepada ibubapa yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak anda.

Janji kami, kami akan sentiasa BERUSAHA untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak anda =)

AUTISM

Hati tergerak untuk berkongsi tentang isu Autism sebagai post pembukaan tahun 2015 ini.


Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola permainan dan perilaku emosi. Gejala ini kelihatan sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun. Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.

CIRI-CIRI

Kebiasaannya, mereka tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi mereka mungkin mengulang-ngulang perkataan-perkataan tertentu. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya dapat mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun dipeluk. Mereka juga tidak tahan dengan bunyi yang terlalu kuat dan akan menutup telinga apabila mendengar bunyi-bunyian yang terlalu kuat.



 Terdapat beberapa kategori Autism iaitu komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku dan emosi. Dan terdapat ciri-ciri khusus bagi setiap kategori ini. InsyaAllah saya akan kongsikan secara detail dalam post yang akan datang.

Satu perkara yang harus difahami, Autisme bukanlah sejenis penyakit yang perlu dirawat. Ia adalah sejenis ketidakupayaan yang perlu di terima, difahami dan dibantu. Ibubapa perlu menerima dengan hati yang terbuka, dan guru prasekolah yang mengendalikan kanak-kanak ini juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya asas pengetahuan dan cara mengendalikan kanak-kanak ini.


No comments:

Post a Comment