Friday, December 9, 2011

Lawatan Ke Zoo Taiping

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, pada khamis lepas iaitu 1 Disember 2011 diadakan lawatan ke Zoo Taiping sempena program cuti sekolah yang diadakan pada akhir tahun ini. Hampir 20 pelajar terlibat dalam lawatan ini bersama dengan 5 orang guru pengiring. Pelbagai binatang dapat dilihat sepanjang lawatan ini yang memberi banyak info meningkatkan pengetahuan anak-anak didik di tadika. Seronok melihat telatah anak2 yang gembira dan ceria sepanjang lawatan ini . Terima kasih kepada ibu atirah dan ibu hana yang turut sama memberi sokongan dan bantuan sepanjang lawatan ini.Syabas buat semua, lawatan ini memberi kelainan berbanding lawatan yang pernah diadakan sebelum ini.

Anak2 kusyuk mendengar penerangan renjer lawatan











Senyum!
Menarik ,dapat bergambar bersama kangroo


Kenangan bergambar sebelum pulang.

Syukur, Allah permudahkan segala perjalanan sepanjang lawatan ini. InsyaAllah akan datang diadakan lawtan ke Petrosains Dinotrek di Seberang Perai.Mari yuk jangan lepaskan peluang untuk sama-sama melawat Dinotrek!.

No comments:

Post a Comment