Monday, May 2, 2011

Hari Terbuka Ibu Bapa


Syukur alhamdulillah, Hari Terbuka Ibu bapa TCB baru sahaja seminggu lepas berlalu. Maaf agak lewat untuk di update. Pertemuan ringkas memberi peluang untuk guru TCB dan ibu bapa membincangkan perkembangan pembelajaran dan sahsiah anak-anak ketika berada di tadika. Hari tersebut juga diadakan ceramah ringkas berkitan "Memahami Psikologi Anak Anda" oleh Cikgu Haris yang dijemput khas dari Perak. Terima kasih di atas kunjungan dan perkongsian yang menarik. Pertemuan selama sejam bersama Cikgu Haris tidak cukup, bahkan ramai ibu bapa yang ingin slot ceramah dipanjangkan sedikit untuk pertemuan akan datang. Pandangan  ibu bapa terhadap slot  sedikit sebanyak memberi kepercayaan kepada warga guru TCB bahawa Hari Terbuka seperti ini perlu dilakukan lebih efektif lagi untuk kehadapan. Ini menunjukkan juga ibu bapa hari ini semakin sedar akan kepentingan memahami pendidikan anak-anak. Moga usaha ini diteruskan, dan sokongan ibu bapa yang tidak terhingga menjadi pemicu kepada kami untuk melakukan yang terbaik.

Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan hari terbuka
Cikgu Haris  menyampaikan ceramah
Ibu bapa Kusyuk mendengar


Syabas kepada semua! Warga TCb dan juga ibu bapa yang hadir. Tahniah kami ucapkan kepada ibu bapa yang hadir kerana meluangkan sedikit  masa bersama kami untuk bersama menilai dan memperbaiki perkembangan anak-anak di tadika. Segala cadangan dan perbaikan yang diberikan kami sangat hargai untuk perbaikan akan datang. Moga bertemu untuk pertemuan hari terbuka akan datang insyaAllah.

No comments:

Post a Comment