Sunday, May 22, 2011

Hari Sukan Tadika Taska Cinta Bestari 2011

      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segala perjalanan hari sukan pada hari ini, gembira melihat wajah-wajah ibu bapa, guru-guru dan anak didik TCB bertungkus lumus bersama menjayakan hari sukan. Syukur kepada Allah, dengan cuaca yang tidak terlalu panas dan juga tidak hujan membantu lagi melancarkan perjalanan hari sukan. Sebagai pendidik TCB kami sangat berbangga dengan kehadiran ibu bapa pada hari ini kerana turut bersama turun ke padang untuk menyokong anak masing-masing.
     Tahniah dan syabas kepada semua terlibat guru-guru TCB, tea aishah,tea khai,tea izzah, tea dila, tea atikah, tea suhana, tea dibah dan juga sukarelawan sahabat kami iaitu tea anathi dan tea rehan yang turut membantu. Bukan mudah untuk mengawal aktiviti ini tanpa bantuan guru yang ramai. Hanya 2 minggu latihan sukan diadakan, alhamdulillah segala berjalan dengan baik. Terdapat juga sukan keluarga diadakan pada tahun ini, kelihatan ibu bapa sangat terbuka untuk terlibat sama. Acara dipertandingkan adalah acara memakan kacang yang melibatkan kerjasama ibu,bapa dan anak. Sangat menarik, disini menguji interaksi dan kerjasama anak2 dengan ibu bapa.
     Antara acara sukan dipertandingkan untuk tadika seperti lumba lari, gelek bola dengan gelung, pantas memakai kasut, lari dalam kain sarung, cari kerang berwarna, lari berhalangan, lari pakai t-shirt. Acara sukan taska pula, acara mengambil sumi di padang dan memindahkan air dari satu bekas ke bekas yang lain. Geli hati melihat telatah anak2 di padang, guru pun tidak menang tangan untuk mengawal keadaan di padang, dan pastinya ibu bapa insan paling gembira melihat aksi anak masing-masing di atas padang. Jauh di sudut hati kami, kami sangat senang melihat suasana ini, interaksi dan ukhuwah yang terjalin pastinya menyimpan seribu memori buat kami sebagai pendidik.
     Terima kasih di atas segala sokongan yang tidak putus-putus dari ibu bapa dan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mendidik anak2 di TCB. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi hari sukan TCB pada tahun hadapan. Gambar sepanjang hari sukan masih dalam proses, insyaAllah gambar akan menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment