Wednesday, November 26, 2014

DIARI TCB 2014

Bismillahi walhamdulillah..

Alhamdulillah, tahun 2014 hampir melabuhkan tirainya. Tahun 2015 pula bakal menjelma. Selain aktiviti tahunan yang dijalankan mengikut taqwim TCB, tahun ini menyaksikan Tadika Cinta Bestari maju selangkah lagi dengan membawa anak-anak TCB menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti luar. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada anak-anak, bahkan membina yakin diri dan ketrampilan kendiri mereka.

Berikut adalah pertandingan dan aktiviti yang disertai sepanjang 2014 :

Pada hari Sabtu 8 Feb 2014, TCB telah membawa 7 orang murid untuk menyertai pertandingan mewarna sempena Perasmian Koperasi Annur & Karnival Sukaneka Sek Ren Agama Annajah di Taman Pekaka, Nibong Tebal. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1. 6 orang murid telah berjaya membawa pulang hadiah.









Pada 22 April 2014 pula, seramai 6 murid Tadika Cinta Bestari telah mewakili TCB menyertai pertandingan mewarna sempena Majlis Pelancaran Anugerah Kitar Semula Sekolah Tadika dan Pengumpulan Polisterina yang diadakan di Megamall Pacific,Butterworth. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB  Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang. Dua orang murid TCB telah berjaya membawa pulang hadiah pada pertandingan ini.








Aktiviti membuat kuih tradisional Tang Yuan bersama pelajar-pelajar kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di bawah bimbingan Dr Nastaein Qamaruz Zaman telah di adakan pada 7 Mei 2014 . Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti dan menceriakan anak-anak di TCB.






Pada 27 September 2014, 6 murid-murid TCB  berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan rekacipta sempena Innovative Science Camp 2014 yang di anjurkan oleh Universiti Sains Malaysia. Kumpulan Little Ibnu Sina ini menampilkan rekaan Bot 'pop-pop'.









Pada 30 Oktober 2014,anak-anak Tadika Cinta Bestari gembira mendapat berus gigi percuma dan pemeriksaan gigi percuma daripada jururawat pergigian  Klinik Pergigian Bukit Panchor.








Daftarkan anak anda di TCB bagi sesi 2015 dan lihat perkembangan mereka bersama kami !!

2 comments: