Monday, July 25, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, sudah hampir sebulan tidak updte info terbaru.. tanpa sedar ramadan bakal kunjung minggu hadapan.apakah persediaan diri? Terutama  pendidik TCB, jangan dibiarkan kerja mendidik ketika ramadan dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga hanya kerana keletihan berpuasa, bahkan manjadi peluang untuk bersemangat untuk merebut peluang beramal. Moga kualiti kerja lebih tinggi agar amal dilakukan menjadi ibadah yang terbaik pada tahun ini.  Kita mahu menjadi golongan mukmin yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yang bermaksud:

"Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun".
                                                                                                     (Riwayat At-Tabrani)

Jadikan ramadhan ini madrasah untuk diri menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah insyaAllah. Salam Ramadhan buat semua :)

No comments:

Post a Comment