Sunday, December 18, 2011

Smart Soleh Camp aka School Holiday Programme TCB Nov-Dis 2011

Bismillahi walhamdulillah...

Untuk cuti sekolah  kali ini,terdapat banyak pertambahan aktiviti baru (^_^)

1) SeCerah - Sesi Cerdas Ruhi,hafazan hadith pendek,asma Allah dan juzuk amma

2)Survivor - melatih kecekapan mental dan semangat berpasukan

3) Ilmuwan Islam - menggali kisah-kisah ilmuwan islam zaman lampau

4)Leadership skill - melatih yakin diri

Dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain...(^_^)













Come join us!!!(^_^)

Majlis Ihtifal Tadika Cinta Bestari 2011.

Bismillahi walhamdulillah...

14 November 2011, Majlis Ihtifal Tadika Cinta Bestari 2011 buat julung kalinya di adakan. Bertempat di Dewan Kuliah USM Kejuruteraan,majlis berlangsung meriah dengan persembahan dan telatah anak-anak didik TCB.

Majlis bermula dengan laungan azan oleh adik Hakim bin Sukeri.Kemudian majlis dibuka dengan bacaan Alfatihah oleh anak-anak didik TCB,disusuli dengan persembahan nyanyian lagu Negaraku, 1 Malaysia dan Assalamualaikum Ibu Ayah. Menariknya,anak-anak yang berusia 3 tahun turut menyertai persembahan ini.

Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh En Mahadi bin Mat Saat,bapa kepada salah seorang anak didik TCB. Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat pada malam tersebut - Prof Madya Dr Taksiah A.Majid dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM Kejuruteraan. Beliau juga menyampaikan sijil graduasi kepada anak-anak didik TCB yang selesai menamatkan sesi pembelajaran di TCB bagi sesi 2011.

Majlis kemudian dimeriahkan dengan persembahan muzikal 'Sepohon Kayu' oleh anak-anak didik TCB,disambung dengan tarian tradisional lagu 'Mesra Desa'. Akhir sekali,majlis ditutup dengan persembahan lagu 'Terima Kasih Guru' oleh anak-anak didik TCB.


                                              Persembahan lagu 1 Malaysia




                        Penyampaian sijil oleh Prof Madya Dr Taksiah A.Majid


                                                 Persembahan Muzikal 'Sepohon Kayu'

Alhamdulillah majlis berjalan lancar,terlukis riak keriangan di wajah-wajah kecil anak-anak ini.Semoga Allah memberkahi majlis ini.Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua guru dan para ibubapa yang telah menjayakan majlis ini.(^_^)

Friday, December 9, 2011

Lawatan Ke Zoo Taiping

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, pada khamis lepas iaitu 1 Disember 2011 diadakan lawatan ke Zoo Taiping sempena program cuti sekolah yang diadakan pada akhir tahun ini. Hampir 20 pelajar terlibat dalam lawatan ini bersama dengan 5 orang guru pengiring. Pelbagai binatang dapat dilihat sepanjang lawatan ini yang memberi banyak info meningkatkan pengetahuan anak-anak didik di tadika. Seronok melihat telatah anak2 yang gembira dan ceria sepanjang lawatan ini . Terima kasih kepada ibu atirah dan ibu hana yang turut sama memberi sokongan dan bantuan sepanjang lawatan ini.Syabas buat semua, lawatan ini memberi kelainan berbanding lawatan yang pernah diadakan sebelum ini.

Anak2 kusyuk mendengar penerangan renjer lawatan











Senyum!
Menarik ,dapat bergambar bersama kangroo


Kenangan bergambar sebelum pulang.

Syukur, Allah permudahkan segala perjalanan sepanjang lawatan ini. InsyaAllah akan datang diadakan lawtan ke Petrosains Dinotrek di Seberang Perai.Mari yuk jangan lepaskan peluang untuk sama-sama melawat Dinotrek!.

Thursday, November 10, 2011

Graduasi Tadika Cinta Bestari 2011

Saat dinantikan, insyaAllah Hari Graduasi Tadika Cinta Bestari 2011 akan diadakan pada :

Tarikh   : 13/11/2011(Ahad)
Masa    : 8.00pm-10.00pm
Tempat : Dewan Kuliah 5 , USM Kejuruteraan TransKerian

Dijemput semua ibu bapa anak didik TCB untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Turut dibuka kaunter pendaftaran TCB 2012 dengan potongan 20% . Jangan lepaskan peluang!

Smart Soleh Camp

Assalamualaikum, alhamdulillah dengan limpah dan kasih sayang Allah masih memberi ruang untuk terus beramal. Pengumuman, insyaAllah diadakan program Smart Soleh Camp yang diadakan sepanjang cuti sekolah yang bermula 21 November 2011. Terbuka kepada pelajar berumur 4-12 tahun.

 Maklumat Smart Soleh camp :
 1) Tarikh  - 21 November 2011-23 Disember 2011
 2) Tempat -Tadika Cinta Bestari , Taman ilmu , Nibong Tebal, Pulau Pinang
 3)  Masa   -8.00am-12.00pm

Segala maklumat berkaitan dengan Smart Soleh Camp boleh berhubung terus dengan Teacher Rika (013-4662781) /  Teacher Aishah (019-4748662)

Contoh program cuti sekolah yang lepas :

Berkelah di Bukit Panchor 

Senyum semua

Simple Experiment
Jangan lepaskan peluang bersama kami sepanjang cuti sekolah ini, banyak aktiviti yang menarik menanti!
Aktiviti; cooking, simple experiment, leadership skill, muslim profesional, quranic recitation, survivor, creative workshop.



Monday, October 17, 2011

Lawatan ke Jakarta Untuk Pendidikan Anak-Anak (B.1)

Syukur, alhamdulillah, tanggal 16 september hingga 20 september kami berpeluang melihat suasana pendidikan anak-anak di Depok, Jakarta Indonesia. Kami bertolak pada hari Jumaat malam ke LCCT untuk berlepas ke Jakarta. Walaupun tidak lama lawatan ini, tapi memberi kenangan manis dan sangat bermakna buat kami semua yang datang disana. Teacher Aishah, Teacher Rika,Teacher Hajar  dan Puan Lily dari TCB kami bertemu pemilik tadika, sekolah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas pendidikan anak-anak. Terlalu banyak perlu kami pelajari berdasarkan info yang dikongsikan kepada kami, baik dari sistem pembelajaran dan juga pengurusan. Moga ilmu yang diperolehi menjadi bekalan untuk kami menerapkan pendidikan anak-anak di tadika dan taska. Lawatan diadakan bermula di tadika, taska, sekolah dan terakhir sekolah menengah agama di Indonesia yang biasa dipaggil sebagai pesantren. Kesimpulan hasil dari lawatan ini, kami boleh membandingkan sekolah di Indonesia pendidikan tidak memisahkan antara agama dan ilmu sains, insyaAllah ini perlu sangat diterapkan disini.

Tadika Rahmany
Tadika 
Cantik

Interaksi dengan pengetua tadika

Sudut Sains

Sudut Sirah

Kawasan anak-anak bermain di luar
Aktiviti nyanyian di lakukan di sini (cermin besar)

Permainan blok





Rombongan ke Jakarta
 Alhamdulillah, ini serba sedikit lawatan ke Jakarta. InsyaAllah akan disambung bahagian kedua nanti.

Monday, September 26, 2011

Wajah-wajah Ceria Sepanjang Jamuan Raya

 
   Let's review wajah ceria yang hadir sepanjang jamuan raya TCB. Alhamdulillah, keadaan cuaca yang baik, kedatangan ibu bapa yang hadir bersama dengan anak-anak memeriahkan lagi majlis yang dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis oleh ustaz Wan Zaharudin Wan Ismail Imam Masjid Perda. Kemudian acara diteruskan dengan persembahan anak cilik TCB iaitu oleh adik Fatihah yang membacakan serangkap pantun dan juga bacaan hafalan hadith oleh adik Faiz dan adik Aliff. Saat dinantikan tayangan dari video taska berkaitan aktiviti anak-anak kecil sepanjang di taska. Sebelum berakhir jamuan ini, kami meminta ustaz Wan untuk memberikan sedikit peringatan (tazkirah) kepada hadirin yang hadir untuk sama-sama meningkatkan kepentingan pendidikan anak-anak sejak kecil.  
      Tidak lupa juga guru-guru TCB mencoretkan dua anak didik yang paling lama berada di TCB sejak awal penubuhan kami iaitu sejarah perkembangan adik Fatihah dan juga adik Husna, sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak menyokong kami sepanjang penubuhan kami. Perjalanan sepanjang jamuan ini berjalan baik walaupun ada serba kekurangan yang perlu di perbaiki lagi. Syabas buat warga guru TCB yang bertungkus lumus berusaha menjayakan jamuan hari raya ini dan terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang memberi sumbangan untuk sama-sama menjayakan jamuan ini. Moga kita bersua pada tahun hadapan insyaAllah.

wajah-wajah ibu bapa yang hadir sepanjang jamuan

























Bacaan doa oleh ustaz Wan
Yakin,adik Fatihah membaca serangkap pantun
Comel, adik Faiz dan Alif membaca hafalan hadith

Testimoni Ibu bapa Taska
Tidak lupa disediakan bahagian kesihatan, terima kasih rakan kami belajar di PMC

Bahagian kreatif anak didik di tadika

Seni kreatif anak didik taska



wajah guru TCB selepas jamuan, penat tetapi ceria dan puas
Sebagai penghargaan dari kami kepada jemputan yang hadir, kami turut menghadiahkan CD untuk ibu bapa untuk melihat segala aktiviti yang berlaku di tadika dan taska. Moga pertemuan yang penuh bermakna ini menjadi kenangan manis buat semua yang hadir