Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Sunday, July 29, 2012
Monday, January 2, 2012
Selamat Tahun Baru & Selamat Datang Anak Didik TCB 2012
Assalamualaikum w.b.t. Moga Allah permudahkan segala urusan kita di saat ini. Rasa sekejap sahaja berlalu tahun 2011 yang memberi seribu makna kepada warga TCB. Lebih kurang 3 hari bertungkus lumus bermula hari sabtu-isnin cuti sempena tahun baru untuk menceriakan dan mengubah suasana di taska dan tadika. Moga penat dan lelah ini adalah salah satu usaha memberi yang terbaik untuk pendidikan anak2 disini.
Menjadikan azam tahun 2012 memperbaiki niat sebagai seorang pendidik yang lebih ikhlas untuk mewarnai dan mendidik dengan rasa cinta kepada anak2 disini. Bukan mudah andai kita bukanlah orang yang pada awalnya mencintai kanak2 tetapi insyaAllah dengan berkat kesabaran,memperbaiki diri menjadi seorang pendidik, moga Allah memberi pahala kepada segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Selamat tahun baru dengan dari warga TCB, moga tahun baru 2012 ini menjadikan kita hamba yang lebih mensyukuri atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kehidupan kita.
Alhamdullillah, kami mengalukan SELAMAT DATANG buat semua warga anak didik TCB 2012 yang baru sahaja mendaftar di TCB untuk tahun ini. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepada kami. Sokongan ibu bapa menjadikan kami terus bersemangat membangunkan pendidikan anak-anak disini. Sedikit perkongsian buat semua terutama buat ibu bapa dan semua yang bergelar pendidik agar menjadi pendidik yang mendokong dalam membentuk anak2 didik dengan menjadikan anak2 cemerlang dunia dan akhirat. Kami ingin berkongsi kata-kata dari
Dorothy Law Notle
Jika anak dibesarkan dengan celaan,

dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik,
dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.”
Kesimpulannya, peribadi anak2 dibentuk dari ibu bapa dan guru. Oleh demikian, peranan kita sangat besar dalam membentuk karakter anak2 zaman ini. Andai anak bermasalah ,muhasabahlah, mungkin ada kesilapan dalam kita mendidik mereka. Moga kata2 ini memberi sedikit motivasi buat semua agar kita tidak emosi berhadapan karenah anak2 didik. Al da best buat semua warga pendidik.
Thursday, November 10, 2011
Graduasi Tadika Cinta Bestari 2011
Saat dinantikan, insyaAllah Hari Graduasi Tadika Cinta Bestari 2011 akan diadakan pada :
Tarikh : 13/11/2011(Ahad)
Masa : 8.00pm-10.00pm
Tempat : Dewan Kuliah 5 , USM Kejuruteraan TransKerian
Dijemput semua ibu bapa anak didik TCB untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Turut dibuka kaunter pendaftaran TCB 2012 dengan potongan 20% . Jangan lepaskan peluang!
Saturday, September 10, 2011
Jamuan Hari Raya
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, insyaAllah hari ini akan diadakan jamuan Hari Raya Tadika dan Taska Cinta Bestari.
Tarikh : 11/9/2011 (Ahad)
Masa :5pm-6.30pm
Tempat : Taska Cinta Bestari
No 1, Jalan Ilmu 2, Taman Ilmu ,Nibong Tebal
Kami sangat mengalukan kepada semua ibu bapa untuk sama-sama hadir memeriahkan lagi majlis.

Monday, July 25, 2011
Salam Ramadhan
Assalamualaikum, sudah hampir sebulan tidak updte info terbaru.. tanpa sedar ramadan bakal kunjung minggu hadapan.apakah persediaan diri? Terutama pendidik TCB, jangan dibiarkan kerja mendidik ketika ramadan dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga hanya kerana keletihan berpuasa, bahkan manjadi peluang untuk bersemangat untuk merebut peluang beramal. Moga kualiti kerja lebih tinggi agar amal dilakukan menjadi ibadah yang terbaik pada tahun ini. Kita mahu menjadi golongan mukmin yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yang bermaksud:
Jadikan ramadhan ini madrasah untuk diri menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah insyaAllah. Salam Ramadhan buat semua :)
"Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun".
(Riwayat At-Tabrani)
Wednesday, April 20, 2011
Parent's Meet
Bismillahirahmanirrahim,pengumuman parent's meet Tadika Cinta Bestari, insyaAllah akan diadakan pada:
Tarikh : 23/4/2011
Masa : 9.45 pagi-12 tengahari
Tempat : Tadika Cinta Bestari, Taman Ilmu
InsyaAllah, diadakan ceramah berkaitan " Memahami Psikologi Anak Anda" pada hari tersebut sebagai tip pendedahan kepada ibu bapa dalam mengenali karakter anak masing-masing ketika proses mendidik. Kami menjemput juga ibu bapa taska dan kafa untuk turut hadir dalam ceramah ini. Moga ceramah ini memberi info kepada ibu bapa secara tidak langsung mencari potensi terbaik yang dapat dikembangkan dalam diri anak-anak. Jangan lepaskan peluang! Mari beramai-ramai hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

Saturday, December 4, 2010
Friday, December 3, 2010
Saturday, November 13, 2010
Pendaftaran Terbaru Tadika dan Taska Cinta Bestari Taman Ilmu
Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah Allah memberi peluang warga didik TCB untuk terus mendidik anak-anak di TCB sesi 2011. InsyaAllah kami membuka pendaftaran baru untuk kemasukan Tadika dan Taska Cinta Bestari Taman Ilmu untuk sesi 2011. Kepada ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran atau penempahan tempat serta mengetahui keterangan lanjut TCB, boleh hubungi:
1) Tadika-Teacher Izzah(0134554078) atau Teacher Hajar(0134036385)
2) Taska -Teacher Rika (0134662781)
1) Tadika-Teacher Izzah(0134554078) atau Teacher Hajar(0134036385)
2) Taska -Teacher Rika (0134662781)
"Pendidikan anak-anak keutamaan kami"
Monday, November 8, 2010
School Holiday Programme!
Alhamdulillah, School Holiday Programme(SHP) akan diadakan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang anak-anak anda untuk bersama kami dalam menyertai pelbagai aktiviti menarik SHP kali ini.
Butir-butir SHP :
a) Tarikh : 22/11/2010-24/12/2010
b) Aktivti:
Jika anda berminat untuk menghantar anak anda ke School Holiday Programme kami, sila hubungi Puan Hajar (013-4036385) atau Cik Izzah(013-4554078) untuk keterangan lanjut.
Butir-butir SHP :
a) Tarikh : 22/11/2010-24/12/2010
b) Aktivti:
- Quranic Recitation
- Field Trip(Birdpark, Bomba, Batik, Library)
- Simple Experiment
- Cooking
- Creative Workshop
- Art & Craft
- Muslim Practice
| Creative Workshop |
| Cooking |
| Field Trip" Ecopark Bukit Merah" |
| Cooking "Biskut Batik" |
| Muslim Practice |
Monday, October 25, 2010
Testimoni Ibu Bapa TCB
Assalamualaikum..kami siarkan testimoni dari ibu bapa Tadika Cinta Bestari sepanjang proses pembelajaran di tadika tahun ini. Alhamdulillah, hasil dari testimoni ibu bapa berpuas hati terhadap perkembangan anak2 mereka sepanjang belajar di tadika. Perkembangan positif ini secara tidak langsung memberi semangat kepada warga pendidik TCB untuk terus berjuang mendidik peribadi, intelek, sosial, ank2 mengikut acuan islam yang syumul. Moga TCB akan terus mengorak langkah lebih jauh insyaAllah.
Sebahagian hasil testimoni dari ibu bapa
Sebahagian hasil testimoni dari ibu bapa
BIL | NAMA ANAK | NAMA AYAH | NAMA IBU | TESTIMONI |
1 | Muhammad Wan Aliff Aidil (4 tahun) | Md Desa b Abu Bakar | Sharifah Kalsom bt Syed Ahmad | Pada 5 bulan pertama Aliff dimasukkan ke tadika,saya lihat Aliff sudah mula kenal huruf A,B,C. dan kenal nombor.Satu perkembangan yang cukup sihat dari minda Aliff bila Aliff mula pandai menghafal doa dan membaca Al-Fatihah.Walaupun dalam cakap yang tak berapa terus. Faham apa itu solat. Dalam usia 4 tahun,Aliff sudah tahu basic dalam pembelajaran. |
2 | Nur Syasya Qistina (4 tahun) | Mat Kail b Mustapha | Salina Che Aziz | · Kini pada umur 4 tahun,anak saya lebih mudah mesra dengan rakan-rakan sekelilingnya · Anak saya makin petah bercakap dan bercerita · Kemahiran dari segi menulis.melukis,mewarna, dan membaca meningkat · Boleh membaca dan menghafal beberapa doa serta surah –surah ayat al-quran serta bacaan dalam solat. · Boleh mengeja suku kata huruf-huruf dan membunyikannya dengan baik |
3 | Nur Fatihah (4 tahun) | Mohd Sofian b Said | Haslina Hassan | Alhamdulillah,pendidikan Teah cemerlang. Sekarang dah boleh membaca dan menulis. Terima kasih kepada semua pendidik TCB membantu kami memberi didikan kepada Teah |
4 | Ku Nurirdina Athirah(4 tahun) | Ku Mohd Fazly b Ku Hamdan | Suhaili Ibrahim | · Sudah mengenal huruf-huruf.contoh; apabila menonton TV atau ketika berada di luar,sekiranya ternampak huruf-huruf,Athirah akan menyebut huruf tersebut contohnya Tesco,Jusco. · Dari segi sosial,nampak perkembangan yang amat baik.contoh jika hendak sesuatu,dia akan bertanya dahulu dan akan mengucapkan terima kasih/thank you apabila menerima sesuatu pemberian · Sudah pandai baca doa makan,al-fatihah,asmaul husna · Berdikari – selepas makan atau minum,akan meletakkan pinggan atau cawan ke dalam sinki · Tahu cara-cara untuk solat |
5 | Nurul Husna Mahadi (4 tahun) | Mahadi bin Saat | Noraziha bt Yatim | · Dapat mengenal huruf · Dapat membunyikan sebutan sukukata · Boleh menyambungkan sukukata menjadi perkataan · Boleh membuat kira-kira yang mudah dengan baik · Pandai membaca doa |
Friday, October 15, 2010
School Holiday Programme!!!
| Simple Experiment "Can sink orange? |
| Cooking " Kek Batik" |
| Filed Trip Bukit Merah |
| Art and Craft |
| Simple Cincau Bandung |
| Simple Experiment |
| Muslim Practice "Story Telling" |
| Decorate Muffin |
Subscribe to:
Posts (Atom)