Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Wajah Anak-Anak TCB Sepanjang Ramadan

Syukur Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana diberi peluang untuk terus beribadah sepanjang Ramadan kali ini, pelbagai aktiviti mewarnai anak didik di Tadika Cinta Bestari, ceria ,bersemangat dan pastinya pengalaman berpuasa kali ini, berbeza sedikit berbanding tahun lepas. Kad ganjaran bintang amal soleh  pastinya untuk merangsang anak didik Tadika Cinta Bestari untuk belajar berpuasa walau pun seawal usia 4 tahun. Mari kita lihat wajah ceria anak-anak sepanjang ramadan ini.









Tuesday, June 26, 2012

Bengkel ABM


Alhamdulillah, bengkel ABM baru sahaja diadakan pada 23 Jun 2012.

Bengkel ini meningkatkan pengetahuan guru dalam penggunaan ABM dan penghasilan ABM untuk melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran anak didik di TCB. 

Dalam bengkel ini, penilaian guru dinilai melalui penggunaan ABM secara optimum ketika P n P dijalankan. Fasilitator teacher Izzah, teacher Rika dan teacher Zaiton membantu menilai kualiti P n P yang ditunjukkan oleh guru.

Moga usaha kecil ini memperbaiki kualiti P n P di TCB.


Persembahan P n P guru 





TFT TCB 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Training for Teacher TCB 2012 diadakan pada 2 jun 2012. 

Objektif program diadakan untuk membina peribadi tangguh seorang guru yang di damba umat. 
Pelbagai aktiviti diadakan untuk menguji kefahaman, kerjasama dan matlamat seorang guru dalam mendidik anak-anak didik TCB.

Ringkas, padat dan tepat. Moga TFT ini menjadi pemicu warga didik TCB lebih gigih serta menjadi mukmin yang profesional dalam bekerja.

Cergas dan ceria wajah-wajah guru TCB sepanjang program ini. 
Sebelum berakhir,tayangan video khas untuk tatapan guru TCB yang bersama-sama dalam meningkatkan  nama TCB ketika awal penubuhan TCB. Moga pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan hanya Allah jua membalasnya dan menjadi bukti amal-amal soleh yang dilakukan.


Fokus menyelesaikan tugasan
LDK 2 "Ala-ala komando"
Bersemangat menyanyikan lagu tema program
Pembentangan LDK
Perbincangan kumpulan

Moga semua termotivasi untuk menjadi guru yang didamba umat insyaAllah .







Lawatan Guru TCB ke Bangi

Syukur, Allah memberi kelapangan untuk kami mengadakan lawatan ke Bangi pada 9 Jun 2012.

Objektif lawatan ini untuk meningkatkan  kefahaman kepentingan pendidikan anak-anak dan juga berkongsi idea dari tadika lain dalam meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak di TCB.

Bertolak dari Penang kul 9.00 pagi dan alhamdulillah sampai di Bangi pada kul 4 petang. Kami disambut oleh Mak Cik Yah seorang ibu yang berpengalaman dalam mencorak pendidikan anak-anak. Melalui perkongsian cerita di taska beliau, jelas disini kami perlu banyak berinteraksi, menjaga dan membuat hubungan yang baik pada masyarakat agar pendidikan anak-anak mendapat sokongan. Perkongsian cerita tanpa sedar masa hingga hampir masuk waktu maghrib.

Malam selepas isyak, kami membuat temu janji dengan Umi Sarah seorang ibu yang mempunyai tadika dan taska. Perkongsian melalui pengalaman beliau berkaitan anak-anak membuka minda kami agar disiplin terhadap sesuatu yang telah ditetapkan oleh pihak majikan.

Kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Moga usaha kecil ini menjadikan R n D TCB lebih tersusun kemas dalam merangka meningkatkan kualiti akademik anak-anak di TCB insyaAllah.

Bersama Mak Cik Yah di taska

Hasil Pembelajaran di tadika Umi Sarah

Bacaan 

Gambar aktiviti

Little Feetrah generasi taska di Bangi,Senyum!

Alhamdulillah, terima kasih buat Mak Cik Yah dan Umi Sarah memberi masa dan ruang untuk berkongsi cerita dan pengalaman, moga kami berpeluang kesana lagi nanti insyaAllah.

Perjumpaan Ibu bapa TCB 2012



Hari Perjumapaan Ibu bapa

Alhamdulillah ,telah diadakan hari perjumpaan ibu bapa ,anak-anak dan guru TCB pada 26 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu.

Objektif perjumpaan ini untuk melihat perkembangan anak-anak didik taska dan tadika sepanjang pertengahan tahun ini di TCB. Walaupun masing-masing ibu bapa akan pulang ke kampung sempena cuti sekolah,alhmadulillah ,kehadiran memuaskan.

Moga usaha kecil ini untuk meningkatkan kualiti perkembangan anak-anak selaras dengan misi dan visi TCB.

Terima kasih diatas kerjasama ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan serta cadangan untuk perbaikan mutu TCB. Syabas buat semua yang hadir.

Perbincangan antara ibu bapa dan guru taska

Teacher Khai fokus menerangkan sesuatu pada ibu Ain


Monday, May 28, 2012

Hari Sukan TCB 2012

Assalamualaikum w.b.t

         Hari Sukan Tadika Taska Cinta Bestari(TCB) diadakan pada 13 Mei 2012. Tempat kali ini diadakan di padang Sek Men Saujana Indah.Bermula acara pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Alhmadulillah dengan cuaca yang tenang dan redup walaupun sedikit hujan, acara sukan berjalan dengan lancar. Kelihatan ramai ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan kepada anak masing-masing. Acara sukan dimulakan dengan acara perbarisan dari anak didik Tadika Cinta Bestari yang diketuai oleh komandan adik Abbas Syakir bin Mohamed Nor Azhari. Anak-anak memulakan dengan bacaan Al-Fatihah , kemudian dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah, bacaan ikrar yang diketuai oleh komandan sebelum tamat dengan cheer dari anak didik Tadika Cinta Bestari. Penuh semangat dan disiplin ketika anak-anak berkawad sepanjang acara perbarisan.

        Kemudian acara diteruskan dengan upacara perasmian oleh Encik Ibrahim tetamu yang dijemput untuk menyempurnakan perasmian. Encik Ibrahim adalah antara insan yang banyak membantu untuk sama-sama menaikkan nama TCB pada awal penubuhan. Selepas acara perasmian, acara sukan diteruskan dari aksi anak kecil Taska Cinta Bestari. Acara sukan taska melibatkan umur anak-anak antara 2 tahun dan 3 tahun. Acara 3 tahun yang dipertandingkan seperti bawa bola menggunakan gelung, bawa bola menggunakan sudu dan acara memerah span manakala acara 2 tahun ialah mengutip bola paling banyak dan acara memindahkan batu di dalam pinggan menggunakan sudu. Comel dan bersemangat anak-anak kecil ini beraksi di padang.

        Setelah selesai acara sukan taska, acara sukan tadika pula dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan seperti acara lari dalam kain sarung, cari syiling dalam tepung, acara membawa pundi kekacang dan acara berjalan menggunakan terompah. Acara ini melibatkan umur anak-anak antara 4,5 dan 6 tahun. Acara lumba lari turut diadakan sebagai acara tambahan yang terbuka kepada adik-beradik dalam keluarga. Acara yang sangat dinantikan adalah acara keluarga yang melibatkan peranan ibu bapa dan anak iaitu acara meniup belon hingga pecah dan acara memenuhkan air dalam cawan menggunakan straw.

      Sebelum berakhir acara sukan TCB, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan. Warga TCB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan sukan TCB 2012 tahun ini. Moga Allah membalas dengan memberi balasan yang sebaiknya.

Lihat wajah-wajah ceria sepanjang Hari Sukan TCB 2012.

Anak-anak bersedia untuk acara perbarisan

Adik Abbas memberi arahan ketika perbarisan

Anak didik kecil taska 3 tahun
Acara bawa bola guna gelung

Acara taska-kutip bola anak kecil 2 tahun
Acara sukan tadika-lumba terompah
Acara cari duit syiling dalam tepung
Acara bawa pundi kekacang
Acara keluarga antara ibu bapa dan anak-anak
Acara memenuhkan air dalam cawan menggunakan straw
Bersedia untuk mengambil hadiah

Bestnyer dapat hadiah!-acara sukan taska

Seronoknyer

Wajah ceria mendapat hadiah-Tahniah !
Hadiah cabutan bertuah
Senyum,pengerusi TCB dengan keluarga Encik Ibrahim
Wajah2 ceria guru TCB
Syabas buat semua guru bertungkus lumus menjayakan sukan TCB 2012

Alhamdulillah .secara ringkas diari perjalanan hari sukan tahun ini, moga kita bertemu dalam pertemuan akan datang insyaAllah :)

Thursday, April 19, 2012

Solat Jemaah (^_^)

Satu petang di TCB...

TEA IZZAH      : ha cepat, sape yg nk jadi imam solat zohor ni?

KAKAK RUHUL : kakak ruhul, biar kakak ruhul jadi imam


FAIZ & AKMAL : eh,tak boleh, tak boleh...

TEA IZZAH      : nape kakak ruhul tak bleh jadi imam?
AKMAL            : sbb kakak ruhul pmpuan, mana boleh jd imam dkt lelaki

KAKAK RUHUL  : tp kakak ruhul da besar, da sekolah. akmal ngan faiz tdka lagi. lgpn akmal dan faiz taktau bc iftitah


FAIZ               : tp al-fatihah yg wajib....


Sy tersenyum ,seronok mendengar masing2 mengemukakan hujah. setelah masing2 senyap dan tutup pendapat masing2, baru saya menyampuk :


1) kakak ruhul boleh jadi imam, kalau makmum semua perempuan atau makmum lelaki yang kecil lagi (umur bawah 4 tahun dan tidak tahu solat ).
2) doa iftihah sunat, kalau tidak baca tak ape


Akhirnya masing berpuas hati,mereka solat dengan Akmal sebagai imam dan Faiz melaungkan iqamat dan kakak Ruhul di saf belakang sekali sebagai jemaah muslimat.


Saya suka suasana ni (^_^) .



























Wednesday, January 4, 2012

Wajah Baru TCB 2012 (^_^)

Bismillahi walhamdulillah..

Tahun baru.

Wajah Baru.

Semangat Baru.

Moga Allah memberkahi usaha-usaha yang terdahulu dan memberi petunjuk dalam setiap usaha-usaha yang mendatang.

Taska Cinta Bestari kini menyediakan kelas khas bagi anak-anak yang berusia 3 tahun untuk menggalakkan lagi perkembangan mereka secara menyeluruh.

Tadika Cinta Bestari kini memperkenalkan SeCeRah (Sesi Cerdas Ruhi), perhimpunan pagi yang menghidupkan jiwa anak-anak didik Tadika Cinta Bestari. Antara kandungan menarik SeCeRah :~

1. Ayat-ayat Cinta Ilahi (Hafazan surah pendek dari juzuk amma)
2. Apa kata Nabi...? (Hafazan himpunan potongan hadith-hadith pendek)
3. Asma Allah
4. Membina peribadi muslim (Himpunan adab dan akhlak seorang muslim)

Mari bersama-sama kami melahirkan muslim cilik profesional (^_^)