Showing posts with label TCB. Show all posts
Showing posts with label TCB. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

DIARI TCB 2014

Bismillahi walhamdulillah..

Alhamdulillah, tahun 2014 hampir melabuhkan tirainya. Tahun 2015 pula bakal menjelma. Selain aktiviti tahunan yang dijalankan mengikut taqwim TCB, tahun ini menyaksikan Tadika Cinta Bestari maju selangkah lagi dengan membawa anak-anak TCB menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti luar. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada anak-anak, bahkan membina yakin diri dan ketrampilan kendiri mereka.

Berikut adalah pertandingan dan aktiviti yang disertai sepanjang 2014 :

Pada hari Sabtu 8 Feb 2014, TCB telah membawa 7 orang murid untuk menyertai pertandingan mewarna sempena Perasmian Koperasi Annur & Karnival Sukaneka Sek Ren Agama Annajah di Taman Pekaka, Nibong Tebal. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1. 6 orang murid telah berjaya membawa pulang hadiah.









Pada 22 April 2014 pula, seramai 6 murid Tadika Cinta Bestari telah mewakili TCB menyertai pertandingan mewarna sempena Majlis Pelancaran Anugerah Kitar Semula Sekolah Tadika dan Pengumpulan Polisterina yang diadakan di Megamall Pacific,Butterworth. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB  Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang. Dua orang murid TCB telah berjaya membawa pulang hadiah pada pertandingan ini.








Aktiviti membuat kuih tradisional Tang Yuan bersama pelajar-pelajar kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di bawah bimbingan Dr Nastaein Qamaruz Zaman telah di adakan pada 7 Mei 2014 . Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti dan menceriakan anak-anak di TCB.






Pada 27 September 2014, 6 murid-murid TCB  berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan rekacipta sempena Innovative Science Camp 2014 yang di anjurkan oleh Universiti Sains Malaysia. Kumpulan Little Ibnu Sina ini menampilkan rekaan Bot 'pop-pop'.









Pada 30 Oktober 2014,anak-anak Tadika Cinta Bestari gembira mendapat berus gigi percuma dan pemeriksaan gigi percuma daripada jururawat pergigian  Klinik Pergigian Bukit Panchor.








Daftarkan anak anda di TCB bagi sesi 2015 dan lihat perkembangan mereka bersama kami !!

Thursday, October 24, 2013

MAKLUMAN : HARI GRADUASI & PENDAFTARAN TERBUKA TCB SESI 2014

Bismillahi walhamdulillah...

Hari Graduasi TCB 2013

Sukacita di maklumkan Tadika Cinta Bestari akan mengadakan Hari Graduasi TCB 2013 bagi meraikan anak-anak yang selesai menamatkan pembelajaran di Tadika Cinta Bestari bagi sesi 2013.

Pendaftaran Terbuka TCB 2014

Serentak dengan itu, pendaftaran terbuka bagi Taska, Tadika dan Transit sesi 2014 juga akan dibuka usai upacara graduasi.

Berikut adalah maklumat lanjut :

HARI GRADUASI & PENDAFTARAN TERBUKA TCB SESI 2014

TARIKH  : 9 NOVEMBER 2013 (SABTU)

TEMPAT : DEWAN BOUGAINVILLA,HOTEL D'BELLA INN, JAWI

MASA  : 8.30PAGI - 12.30 TENGAH HARI







Perjumpaan Ibu Bapa bersama Guru TCB 2013

Bismillahi walhamdulillah...

Alhamdulillah Taska & Tadika Cinta Bestari telah mengadakan hari perjumpaan ibu bapa bersama guru pada 19 November 2013 bertempat di Taska Cinta Bestari.

Ibu bapa berpeluang mengetahui dan berbincang tentang perkembangan anak-anak sepanjang sesi 2013.

Sekitar pertemuan ibu bapa bersama guru TCB 2013 :





Monday, April 29, 2013

Bengkel Bercerita Bersama Pn Suraya

Bismillah walhamdulillah...

Alhamdulillah. Sabtu lepas (27 April 2013), guru-guru TCB telah menghadiri bengkel bercerita bersama Pn Suraya di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan  Tunku Bainun, UPSI. Bengkel sehari ini, mendedahkan guru-guru akan kepentingan bercerita kepada kanak-kanak serta kaedah untuk menyampaikan cerita agar tampak  lebih menarik di samping tidak meninggalkan nilai-nilai pendidikan dalam proses pembelajaran.

Bengkel Bercerita Bersama Pn Suraya.


Guru-guru TCB yang menghadiri bengkel bersama Pn Suraya;)



Friday, April 26, 2013

Alhamdulillah,Hari Sukan TCB pada 20 April 2013 telah berjalan dengan lancar.Cuaca pada hari sukan tersebut agak terik
Terima Kasih diucapkan kepada Ibu Bapa yang datang memeriahkan majlis dan juga kepada tea-tea TCB yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Sukan TCB 2013.
Penyampaian hadiah untuk anak-anak tadika bagi aktiviti sukan.


Kehadiran Ibu bapa..*___^...(amik tempat duduk)

Penyampaian hadiah untuk acara sukan keluarga...^___^

Terbaikkk!!!!!Danish sebagai komanden..:)


Tuesday, February 28, 2012

Perkembangan Asas Anak-Anak

       Assalamualaikum wbt. Moga keimanan kita pada hari ini bertambah. Makluman semua, di taska juga mempunyai modul asas didikan untuk anak2 kecil berusia antara 1- 3 tahun. Walaupun anak2 ini masih kecil sebenarnya ia mampu untuk belajar mengikut perkembangan mereka. Antara perkembangan asas seimbang yang difokuskan  adalah perkembangan emosi, kognitif (akal), bahasa dan fizikal . Fizikal pula terbahagi kepada dua iaitu perkembangan motor halus dan perkembangan motor kasar. Semua perkembangan ini menjadi asas dalam menilai kesediaan anak2 untuk melangkah ke prasekolah ketika berusia 4 tahun. Secara lebih detail :
 
1. Perkembangan Bahasa bertujuan meningkatkan pengusaan bahasa dikalangan anak-anak.
2. Perkembangan Kognitif bertujuan meningkatkan daya fikir anak-anak menyelesaikan sesuatu
    masalah.
3. Perkembangan Fizikal  Motor Kasar bertujuan meningkatkan kekuatan otot kaki dan tangan
4. Perkembangan Fizikal Motor Halus   bertujuan meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak-anak
    serta daya tumpuan anak-anak ketika melakukan aktiviti.
5.Perkembangan Emosi bertujuan meningkatkan sikap kerjasama, berkongsi , toleransi dan sikap berkasih
   sayang dalam diri anak-anak.
   
        Di taska, anak didikjuga  belajar untuk berdikari sendiri seperti meletakkan botol susu ditempat yang telah disediakan setelah minum, mengambil beg sendiri ketika mandi, bahkan anak-anak juga diajar memilih pakaian sendiri, mengenal tuala sendiri ,mengambil pampers sendiri walaupun seawal usia setahun lebih. Aktiviti ini secara tidak langsung menjadikan anak2 lebih cepat belajar dan secara tidak langsung mereka seronok kerana diberi kepercayaan untuk lakukan segala aktiviti asas diri dengan pantauan teacher taska. Dalam hal begini, pasti menuntut kesabaran teacher taska untuk melatih anak2 pada peringkat awalnya, tetapi setelah anak2 sudah terbiasa mereka sendri melakukan tanpa diminta oleh teacher. Moga kita menjadi pendidik yang mampu meningkatkan identiti muslim acuan Al-quran.


Wednesday, January 4, 2012

Wajah Baru TCB 2012 (^_^)

Bismillahi walhamdulillah..

Tahun baru.

Wajah Baru.

Semangat Baru.

Moga Allah memberkahi usaha-usaha yang terdahulu dan memberi petunjuk dalam setiap usaha-usaha yang mendatang.

Taska Cinta Bestari kini menyediakan kelas khas bagi anak-anak yang berusia 3 tahun untuk menggalakkan lagi perkembangan mereka secara menyeluruh.

Tadika Cinta Bestari kini memperkenalkan SeCeRah (Sesi Cerdas Ruhi), perhimpunan pagi yang menghidupkan jiwa anak-anak didik Tadika Cinta Bestari. Antara kandungan menarik SeCeRah :~

1. Ayat-ayat Cinta Ilahi (Hafazan surah pendek dari juzuk amma)
2. Apa kata Nabi...? (Hafazan himpunan potongan hadith-hadith pendek)
3. Asma Allah
4. Membina peribadi muslim (Himpunan adab dan akhlak seorang muslim)

Mari bersama-sama kami melahirkan muslim cilik profesional (^_^)