Syukur, alhamdulillah, tanggal 16 september hingga 20 september kami berpeluang melihat suasana pendidikan anak-anak di Depok, Jakarta Indonesia. Kami bertolak pada hari Jumaat malam ke LCCT untuk berlepas ke Jakarta. Walaupun tidak lama lawatan ini, tapi memberi kenangan manis dan sangat bermakna buat kami semua yang datang disana. Teacher Aishah, Teacher Rika,Teacher Hajar dan Puan Lily dari TCB kami bertemu pemilik tadika, sekolah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas pendidikan anak-anak. Terlalu banyak perlu kami pelajari berdasarkan info yang dikongsikan kepada kami, baik dari sistem pembelajaran dan juga pengurusan. Moga ilmu yang diperolehi menjadi bekalan untuk kami menerapkan pendidikan anak-anak di tadika dan taska. Lawatan diadakan bermula di tadika, taska, sekolah dan terakhir sekolah menengah agama di Indonesia yang biasa dipaggil sebagai pesantren. Kesimpulan hasil dari lawatan ini, kami boleh membandingkan sekolah di Indonesia pendidikan tidak memisahkan antara agama dan ilmu sains, insyaAllah ini perlu sangat diterapkan disini.
|
Tadika Rahmany |
|
Tadika |
|
Cantik |
|
Interaksi dengan pengetua tadika |
|
Sudut Sains |
|
Sudut Sirah
|
|
Kawasan anak-anak bermain di luar |
|
Aktiviti nyanyian di lakukan di sini (cermin besar) |
|
Permainan blok |
|
Rombongan ke Jakarta |
Alhamdulillah, ini serba sedikit lawatan ke Jakarta. InsyaAllah akan disambung bahagian kedua nanti.
No comments:
Post a Comment