Monday, September 26, 2011

Wajah-wajah Ceria Sepanjang Jamuan Raya

 
   Let's review wajah ceria yang hadir sepanjang jamuan raya TCB. Alhamdulillah, keadaan cuaca yang baik, kedatangan ibu bapa yang hadir bersama dengan anak-anak memeriahkan lagi majlis yang dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis oleh ustaz Wan Zaharudin Wan Ismail Imam Masjid Perda. Kemudian acara diteruskan dengan persembahan anak cilik TCB iaitu oleh adik Fatihah yang membacakan serangkap pantun dan juga bacaan hafalan hadith oleh adik Faiz dan adik Aliff. Saat dinantikan tayangan dari video taska berkaitan aktiviti anak-anak kecil sepanjang di taska. Sebelum berakhir jamuan ini, kami meminta ustaz Wan untuk memberikan sedikit peringatan (tazkirah) kepada hadirin yang hadir untuk sama-sama meningkatkan kepentingan pendidikan anak-anak sejak kecil.  
      Tidak lupa juga guru-guru TCB mencoretkan dua anak didik yang paling lama berada di TCB sejak awal penubuhan kami iaitu sejarah perkembangan adik Fatihah dan juga adik Husna, sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak menyokong kami sepanjang penubuhan kami. Perjalanan sepanjang jamuan ini berjalan baik walaupun ada serba kekurangan yang perlu di perbaiki lagi. Syabas buat warga guru TCB yang bertungkus lumus berusaha menjayakan jamuan hari raya ini dan terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang memberi sumbangan untuk sama-sama menjayakan jamuan ini. Moga kita bersua pada tahun hadapan insyaAllah.

wajah-wajah ibu bapa yang hadir sepanjang jamuan

























Bacaan doa oleh ustaz Wan
Yakin,adik Fatihah membaca serangkap pantun
Comel, adik Faiz dan Alif membaca hafalan hadith

Testimoni Ibu bapa Taska
Tidak lupa disediakan bahagian kesihatan, terima kasih rakan kami belajar di PMC

Bahagian kreatif anak didik di tadika

Seni kreatif anak didik taska



wajah guru TCB selepas jamuan, penat tetapi ceria dan puas
Sebagai penghargaan dari kami kepada jemputan yang hadir, kami turut menghadiahkan CD untuk ibu bapa untuk melihat segala aktiviti yang berlaku di tadika dan taska. Moga pertemuan yang penuh bermakna ini menjadi kenangan manis buat semua yang hadir

No comments:

Post a Comment