1. Perkembangan Bahasa bertujuan meningkatkan pengusaan bahasa dikalangan anak-anak.
2. Perkembangan Kognitif bertujuan meningkatkan daya fikir anak-anak menyelesaikan sesuatu
masalah.
3. Perkembangan Fizikal Motor Kasar bertujuan meningkatkan kekuatan otot kaki dan tangan
4. Perkembangan Fizikal Motor Halus bertujuan meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak-anak
serta daya tumpuan anak-anak ketika melakukan aktiviti.
5.Perkembangan Emosi bertujuan meningkatkan sikap kerjasama, berkongsi , toleransi dan sikap berkasih
sayang dalam diri anak-anak.
Di taska, anak didikjuga belajar untuk berdikari sendiri seperti meletakkan botol susu ditempat yang telah disediakan setelah minum, mengambil beg sendiri ketika mandi, bahkan anak-anak juga diajar memilih pakaian sendiri, mengenal tuala sendiri ,mengambil pampers sendiri walaupun seawal usia setahun lebih. Aktiviti ini secara tidak langsung menjadikan anak2 lebih cepat belajar dan secara tidak langsung mereka seronok kerana diberi kepercayaan untuk lakukan segala aktiviti asas diri dengan pantauan teacher taska. Dalam hal begini, pasti menuntut kesabaran teacher taska untuk melatih anak2 pada peringkat awalnya, tetapi setelah anak2 sudah terbiasa mereka sendri melakukan tanpa diminta oleh teacher. Moga kita menjadi pendidik yang mampu meningkatkan identiti muslim acuan Al-quran.
No comments:
Post a Comment