Thursday, May 9, 2013

Ibubapa : Hero & Heroin Keluarga


Bismillah walhamdulillah…

Bersyukur Allah masih beri kesempatan untuk kita menjalani hari-hari yang berlalu bersama-sama dengan yang tersayang. Suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, ibubapa, semualah yang kita sayang.

Gambar Hiasan

Pernah tak, anak-anak kita (atau kita dengan ibubapa masa zaman kanak-kanak dulu) bila ditanya, “Kakak, besar nanti kakak mahu jadi apa?”. Dan ketika itu anak kita menjawab dengan bangganya , “Kakak nak jadi macam ibu lah,jadi cikgu. Hari Guru nanti boleh dapat hadiah banyak-banyak”.

Ataupun, jika ayahnya seorang doktor, “Kakak nak jadi macam ayahlah, jadi doktor. Boleh tolong ramai orang yang sakit supaya mereka sembuh”.

Nampak macam sempurna sangat kan? Ataupun, jika ayahnya seorang petani kampung, “Kakak nak berjaya, nanti kakak boleh tolong ayah. Ayah berehat saja di rumah, biar kakak yang cari duit untuk keluarga kita”.

Tidak kisahlah, apa pun pekerjaan ibu atau ayahnya, apabila si anak menjawab dengan jawapan-jawapan seperti di atas, hati mana yang tidak tersentuh dan tersenyum bangga mendengarnya. Terasa seperti kita ini hero (untuk si bapa) dan heroin (untuk si ibu) di mata mereka. Sekalipun tujuan mereka kadang-kadang kurang logiknya pada kita yang dewasa, kita tetap bangga dan besar hati, kerana anak-anak kita begitu mengangkat kita sebagai contoh mereka tentang siapa mereka 10 atau 20 tahun akan datang.

Inilah yang dikatakan ibubapa sebagai qudwah dalam keluarga. Oleh kerana pendidikan bermula dari rumah, maka ibubapalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap isu pendidikan anak-anak sejak awal lagi. Bukankah, anak-anak amanah dari Allah. Sebab itu, Islam sangat memperhatikan tarbiyah (didikan) anak-anak bukan sahaja sejak si ibu mengandung, bahkan sejak sebelum alam perkahwinan lagi tarbiyah telah bermula.

Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi. (HR Bukhari)

Anak-anak menjadikan ibubapa sebagai teladan dalam setiap tingkah laku. Ibubapa terinspirasi dari teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, ibubapa hanya manusia biasa, tidak sempurna. Maka jangan lupa ya, kenalkan anak-anak dengan Nabi yang menjadi kecintaan kita ini. Moga keluarga kita dilimpah sakinah, mawaddah dan rahmah.

Rujukan:
1. Cara Nabi s.a.w Menyiapkan Generasi ~ Dari Sebelum Lahir-Usia Pra Nikah. (Syaikh Jamal Abdurrahman)

Monday, April 29, 2013

Bengkel Bercerita Bersama Pn Suraya

Bismillah walhamdulillah...

Alhamdulillah. Sabtu lepas (27 April 2013), guru-guru TCB telah menghadiri bengkel bercerita bersama Pn Suraya di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan  Tunku Bainun, UPSI. Bengkel sehari ini, mendedahkan guru-guru akan kepentingan bercerita kepada kanak-kanak serta kaedah untuk menyampaikan cerita agar tampak  lebih menarik di samping tidak meninggalkan nilai-nilai pendidikan dalam proses pembelajaran.

Bengkel Bercerita Bersama Pn Suraya.


Guru-guru TCB yang menghadiri bengkel bersama Pn Suraya;)



Friday, April 26, 2013

Alhamdulillah,Hari Sukan TCB pada 20 April 2013 telah berjalan dengan lancar.Cuaca pada hari sukan tersebut agak terik
Terima Kasih diucapkan kepada Ibu Bapa yang datang memeriahkan majlis dan juga kepada tea-tea TCB yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Sukan TCB 2013.
Penyampaian hadiah untuk anak-anak tadika bagi aktiviti sukan.


Kehadiran Ibu bapa..*___^...(amik tempat duduk)

Penyampaian hadiah untuk acara sukan keluarga...^___^

Terbaikkk!!!!!Danish sebagai komanden..:)


Thursday, April 18, 2013

HARI SUKAN TCB


Nantikan Hari Sukan TCB 2013 yang akan diadakan!

                                Tarikh: 20 April 2013 (Sabtu)
                                 Masa: 8.00- 11.00 pagi
                              Tempat: Padang Masjid Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Jom sama-sama beri sokongan kepada anak-anak TCB;)



Sunday, January 20, 2013

Orientasi Tadika Cinta Bestari 2013

 Dibawah ini adalah program sepanjang Orientasi TCB 2013 yang diadakan pada awal Januari baru ini.














Perjumpaan Ibu Bapa & Guru TCB 2012

Dibawah ini adalah program perjumpaan ibu bapa & guru-guru Tadika Cinta Bestari 2012. Bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah diantara ibu bapa murid-murid dan warga guru Tadika Cinta Bestari. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang tempoh tersebut. Jutaan terima kasih diatas kerjasama ibu bapa dan warga guru TCB yang terlibat.






















Program Cuti Sekolah 2012

Kali ini, program cuti sekolah Tadika Cinta Bestari membuat lawatan ke Kilang Jeruk Pak Ali. Banyak ilmu yang bermanaat dapat dikongsi bersama-sama.

 Lawatan ke Kilang Jeruk Pak Ali