Wednesday, August 28, 2013

Tadika Cinta Bestari

JAMUAN HARI RAYA TCB 2013 ^^

Alhamdulillah, 24 Ogos 2013 yang lepas telah selamat diadakan jamuan raya bagi Taska & Tadika Cinta Bestari 2013. Tahun ini, TCB memilih untuk mengadakan jamuan raya di kawasan tadika sahaja bertemakan 'Santai dan Ceria mengerat Silaturrahim'.

Jamuan dimulakan dengan persembahan oleh anak-anak didik Tadika Cinta Bestari kemudian di susuli oleh aktiviti mewarna  bagi anak-anak. Ibubapa dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan.
Sesi pendaftaran oleh Tea Khai


Sebahagian anak-anak yang hadir

Para tetamu menikmati juadah

Anak -anak tekun mewarna


Para guru dan staf sokongan bergambar seusai majlis

Sunday, June 2, 2013

Membina Rumah Tanpa Teriakan

Bismillah walhamdulillah...

Artikel di bawah telah diterjemah semula untuk memudahkan pemahaman. Artikel asal.

Penulis Asal: Mam Fifi (Fifi Proklawati Jubilea SE, MSc)
Beliau merupakan founder dan conceptor Jakarta Islamic School.


Memang cuma kamu saja yang boleh berteriak, kalau aku yang berteriak kamu kata aku bising,” ucap Ibu Anto membalas amarah suaminya dengan berteriak. Anak-anak pun lalu menutup telinga mereka.

Pemandangan yang biasa terjadi dimana suami dan isteri dirumah itu berteriak membuat anak-anaknya sampai berfikir, apakah ibu masih sayang pada ayah, apakah ayah mencintai ibu? Lalu mengapa berdua tidak rukun dalam rumahtangga.



Terkadang dimata anak-anak, masalah antara ayah dan ibu dipandang biasa-biasa sahaja. “Tidak penting,” menurut fikiran Anisa, anak sulung Ibu Anto yang duduk di kelas3 SMU.  “Aku akan menghadapi peperiksaan, tapi ibu marah-marah melulu,  kalau ayah marah, maka ibu juga balas marah, lalu kalau belum selesai marahnya pada ayah, maka marahnya diteruskan kepada anak-anaknya sehingga rumah jadi bising, bagaimana aku boleh belajar..” keluh Anisa tentang suasana di rumahnya. Anisa pun lanjut menggerutu, adik-adik pun menguatkan suara televisyen menonton bola Indonesia lawan Qatar, ditambah lagi suara ibu melenting, bentakan ayah yang menderu. Lalu entah bila berhentinya dan tenangnya rumah ini.

Anisa pun akhirnya tidak sabar lagi maka dia pun berteriak, “Adikk..perlahankan suara tv nya”. Tidak lama kemudian teriakan Anisa dibalas dengan teriakan sang adik. “Gol!!!!”. Padahal tidak gol juga. Hal ini membuat kakaknya Anisa marah, ibu juga marah kerana ibu masih kesal pada ayah, dan ayah sudah masuk bilik tidur, maka kakak dan ibu serentak berteriak kuat dank eras, mengkagetkan adik yang sedang asyik menonton langkah-langkah kaki menerjang bola di layar kaca. Perlahankan tv nya!!!,” kakak berteriak. “Matikan tv nya!!!,” ibu pula berteriak kuat-kuat. Lalu adik dengan panik mematikan televisyen dengan kesal dan marah, sambil masuk bilik dengan membanting pintu. Mendengar kekecohan itu, sang ayah keluar untuk melihat apa yang terjadi. “Aduh…kecohnya rumah ini,” ucap ayah. “Bolehkah kalian semua diam. Ayah letih, penat, baru balik kerja..” bentak ayah keras-keras.

Subhanallah, semua masalah yang ada selalu diselesaikan semuanya dengan teriakan. Bila hal itu terjadi setiap malam, walaupun kalau siang agak reda kerana rumah sepi tidak ada orang, anak-anak sibuk di sekolah, ayah di pejabat dan ibu hanya sendiri di rumah, maka rumah seperti akan dididik dan terdidik dengan suara keras dan bentakan. Padahal, Al-Quran menyuruh kita untuk merendahkan suara sesuai dengan Surah Luqman yang berbunyi:

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman:19)

Apakah kita harus menyelesaikan masalah dengan bentakan dan teriakan? Apakah rasa kesal harus diungkapkan dengan bentakan dan teriakan? Apakah kita ingin membangun dan membina rumahtangga dengan bentakan?

Mari ayah dan ibu, kita mulai dari diri kita sendiri untuk mengecilkan suara. Anggota keluarga kita kan bukan orang yang tuli. Semua pendengarannya bagus. Selain itu, rumah kita pun kecil areanya, jadi mulailah dengan ayah dan ibuuntuk mengecilkan suara. Nescaya anak-anak akan lebih tenang dan desakan untuk berteriak berkurang. Janganlah kita ciptakan aura berteriak di dalam keluarga. Marilah kita cuba bersikap tenang dan bersuara perlahan, insyaAllah akan terbangun rumahtangga yang lebih tenang dan sakinah.

Thursday, May 9, 2013

Ibubapa : Hero & Heroin Keluarga


Bismillah walhamdulillah…

Bersyukur Allah masih beri kesempatan untuk kita menjalani hari-hari yang berlalu bersama-sama dengan yang tersayang. Suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, ibubapa, semualah yang kita sayang.

Gambar Hiasan

Pernah tak, anak-anak kita (atau kita dengan ibubapa masa zaman kanak-kanak dulu) bila ditanya, “Kakak, besar nanti kakak mahu jadi apa?”. Dan ketika itu anak kita menjawab dengan bangganya , “Kakak nak jadi macam ibu lah,jadi cikgu. Hari Guru nanti boleh dapat hadiah banyak-banyak”.

Ataupun, jika ayahnya seorang doktor, “Kakak nak jadi macam ayahlah, jadi doktor. Boleh tolong ramai orang yang sakit supaya mereka sembuh”.

Nampak macam sempurna sangat kan? Ataupun, jika ayahnya seorang petani kampung, “Kakak nak berjaya, nanti kakak boleh tolong ayah. Ayah berehat saja di rumah, biar kakak yang cari duit untuk keluarga kita”.

Tidak kisahlah, apa pun pekerjaan ibu atau ayahnya, apabila si anak menjawab dengan jawapan-jawapan seperti di atas, hati mana yang tidak tersentuh dan tersenyum bangga mendengarnya. Terasa seperti kita ini hero (untuk si bapa) dan heroin (untuk si ibu) di mata mereka. Sekalipun tujuan mereka kadang-kadang kurang logiknya pada kita yang dewasa, kita tetap bangga dan besar hati, kerana anak-anak kita begitu mengangkat kita sebagai contoh mereka tentang siapa mereka 10 atau 20 tahun akan datang.

Inilah yang dikatakan ibubapa sebagai qudwah dalam keluarga. Oleh kerana pendidikan bermula dari rumah, maka ibubapalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap isu pendidikan anak-anak sejak awal lagi. Bukankah, anak-anak amanah dari Allah. Sebab itu, Islam sangat memperhatikan tarbiyah (didikan) anak-anak bukan sahaja sejak si ibu mengandung, bahkan sejak sebelum alam perkahwinan lagi tarbiyah telah bermula.

Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi. (HR Bukhari)

Anak-anak menjadikan ibubapa sebagai teladan dalam setiap tingkah laku. Ibubapa terinspirasi dari teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, ibubapa hanya manusia biasa, tidak sempurna. Maka jangan lupa ya, kenalkan anak-anak dengan Nabi yang menjadi kecintaan kita ini. Moga keluarga kita dilimpah sakinah, mawaddah dan rahmah.

Rujukan:
1. Cara Nabi s.a.w Menyiapkan Generasi ~ Dari Sebelum Lahir-Usia Pra Nikah. (Syaikh Jamal Abdurrahman)

Monday, April 29, 2013

Bengkel Bercerita Bersama Pn Suraya

Bismillah walhamdulillah...

Alhamdulillah. Sabtu lepas (27 April 2013), guru-guru TCB telah menghadiri bengkel bercerita bersama Pn Suraya di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan  Tunku Bainun, UPSI. Bengkel sehari ini, mendedahkan guru-guru akan kepentingan bercerita kepada kanak-kanak serta kaedah untuk menyampaikan cerita agar tampak  lebih menarik di samping tidak meninggalkan nilai-nilai pendidikan dalam proses pembelajaran.

Bengkel Bercerita Bersama Pn Suraya.


Guru-guru TCB yang menghadiri bengkel bersama Pn Suraya;)



Friday, April 26, 2013

Alhamdulillah,Hari Sukan TCB pada 20 April 2013 telah berjalan dengan lancar.Cuaca pada hari sukan tersebut agak terik
Terima Kasih diucapkan kepada Ibu Bapa yang datang memeriahkan majlis dan juga kepada tea-tea TCB yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Sukan TCB 2013.
Penyampaian hadiah untuk anak-anak tadika bagi aktiviti sukan.


Kehadiran Ibu bapa..*___^...(amik tempat duduk)

Penyampaian hadiah untuk acara sukan keluarga...^___^

Terbaikkk!!!!!Danish sebagai komanden..:)


Thursday, April 18, 2013

HARI SUKAN TCB


Nantikan Hari Sukan TCB 2013 yang akan diadakan!

                                Tarikh: 20 April 2013 (Sabtu)
                                 Masa: 8.00- 11.00 pagi
                              Tempat: Padang Masjid Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Jom sama-sama beri sokongan kepada anak-anak TCB;)