Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri (^ _^)

Salam Aidilfitri dari kami warga TCB, moga amal-amal soleh sepanjang Ramadan diterima Allah :).
Berhati-hati perjalanan pulang ke kampung.


Wajah Anak-Anak TCB Sepanjang Ramadan

Syukur Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana diberi peluang untuk terus beribadah sepanjang Ramadan kali ini, pelbagai aktiviti mewarnai anak didik di Tadika Cinta Bestari, ceria ,bersemangat dan pastinya pengalaman berpuasa kali ini, berbeza sedikit berbanding tahun lepas. Kad ganjaran bintang amal soleh  pastinya untuk merangsang anak didik Tadika Cinta Bestari untuk belajar berpuasa walau pun seawal usia 4 tahun. Mari kita lihat wajah ceria anak-anak sepanjang ramadan ini.









Monday, July 30, 2012

Aktiviti Ramadhan TCB 2012 (^_^)

Bismillahi walhamdulillah...

Ramadhan datang lagi. Seperti biasa, Tadika Cinta Bestari sentiasa menyediakan aktiviti sepanjang Ramadhan ini agar anak-anak turut sama merasakan ruh Ramadhan. Antara aktiviti yang di jalankan :

1) Diary Ramadhan - menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang Ramadhan.

2) Ramadhan Reward - bintang bagi mereka yang berpuasa dan beramal soleh

3) Kad Raya Gergasi - nantikan kad raya gergasi hasil kerja anak-anak didik Tadika Cinta Bestari (^_^)

4) Puppet Show - Kisah si kecil Noni yang belajar berpuasa

5) Hafazan dalil Ramadhan dan surah-surah pendek

6) Sunnah nabi pada bulan Ramadhan


Persediaan untuk aktiviti 'Puppet Show'

Anak-anak teruja menunggu aktiviti 'Puppet Show'
Aktiviti Solat Dhuha tidak di tinggalkan

Mewarna niat berpuasa

Berkumpul untuk aktiviti Ramadhan

Sunday, July 29, 2012

Ramadan Kareem


Salam ramadan dari kami TCB, moga ramadan ini mendidik diri menjadi insan yang bertaqwa insyaAllah.

Tuesday, June 26, 2012

Bengkel ABM


Alhamdulillah, bengkel ABM baru sahaja diadakan pada 23 Jun 2012.

Bengkel ini meningkatkan pengetahuan guru dalam penggunaan ABM dan penghasilan ABM untuk melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran anak didik di TCB. 

Dalam bengkel ini, penilaian guru dinilai melalui penggunaan ABM secara optimum ketika P n P dijalankan. Fasilitator teacher Izzah, teacher Rika dan teacher Zaiton membantu menilai kualiti P n P yang ditunjukkan oleh guru.

Moga usaha kecil ini memperbaiki kualiti P n P di TCB.


Persembahan P n P guru 





TFT TCB 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Training for Teacher TCB 2012 diadakan pada 2 jun 2012. 

Objektif program diadakan untuk membina peribadi tangguh seorang guru yang di damba umat. 
Pelbagai aktiviti diadakan untuk menguji kefahaman, kerjasama dan matlamat seorang guru dalam mendidik anak-anak didik TCB.

Ringkas, padat dan tepat. Moga TFT ini menjadi pemicu warga didik TCB lebih gigih serta menjadi mukmin yang profesional dalam bekerja.

Cergas dan ceria wajah-wajah guru TCB sepanjang program ini. 
Sebelum berakhir,tayangan video khas untuk tatapan guru TCB yang bersama-sama dalam meningkatkan  nama TCB ketika awal penubuhan TCB. Moga pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan hanya Allah jua membalasnya dan menjadi bukti amal-amal soleh yang dilakukan.


Fokus menyelesaikan tugasan
LDK 2 "Ala-ala komando"
Bersemangat menyanyikan lagu tema program
Pembentangan LDK
Perbincangan kumpulan

Moga semua termotivasi untuk menjadi guru yang didamba umat insyaAllah .