Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segala perjalanan hari sukan pada hari ini, gembira melihat wajah-wajah ibu bapa, guru-guru dan anak didik TCB bertungkus lumus bersama menjayakan hari sukan. Syukur kepada Allah, dengan cuaca yang tidak terlalu panas dan juga tidak hujan membantu lagi melancarkan perjalanan hari sukan. Sebagai pendidik TCB kami sangat berbangga dengan kehadiran ibu bapa pada hari ini kerana turut bersama turun ke padang untuk menyokong anak masing-masing.
Tahniah dan syabas kepada semua terlibat guru-guru TCB, tea aishah,tea khai,tea izzah, tea dila, tea atikah, tea suhana, tea dibah dan juga sukarelawan sahabat kami iaitu tea anathi dan tea rehan yang turut membantu. Bukan mudah untuk mengawal aktiviti ini tanpa bantuan guru yang ramai. Hanya 2 minggu latihan sukan diadakan, alhamdulillah segala berjalan dengan baik. Terdapat juga sukan keluarga diadakan pada tahun ini, kelihatan ibu bapa sangat terbuka untuk terlibat sama. Acara dipertandingkan adalah acara memakan kacang yang melibatkan kerjasama ibu,bapa dan anak. Sangat menarik, disini menguji interaksi dan kerjasama anak2 dengan ibu bapa.
Antara acara sukan dipertandingkan untuk tadika seperti lumba lari, gelek bola dengan gelung, pantas memakai kasut, lari dalam kain sarung, cari kerang berwarna, lari berhalangan, lari pakai t-shirt. Acara sukan taska pula, acara mengambil sumi di padang dan memindahkan air dari satu bekas ke bekas yang lain. Geli hati melihat telatah anak2 di padang, guru pun tidak menang tangan untuk mengawal keadaan di padang, dan pastinya ibu bapa insan paling gembira melihat aksi anak masing-masing di atas padang. Jauh di sudut hati kami, kami sangat senang melihat suasana ini, interaksi dan ukhuwah yang terjalin pastinya menyimpan seribu memori buat kami sebagai pendidik.
Terima kasih di atas segala sokongan yang tidak putus-putus dari ibu bapa dan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mendidik anak2 di TCB. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi hari sukan TCB pada tahun hadapan. Gambar sepanjang hari sukan masih dalam proses, insyaAllah gambar akan menyusul kemudian.
Sunday, May 22, 2011
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU!
Selamat Hari Guru! buat semua yang bergelar pendidik :). Alhamdulillah, hari ini sambutan yang tidak di rancang oleh warga Tadika Taska Cinta Bestari, sambutan hari guru,anak2 didik TCB datang ke sekolah hari ini dengan membawa hadiah di tangan masing-masing sambil mengucapkan ucapan selamat hari guru kepada semua teacher TCB. Hati mana yang tidak berbunga apabila menerima hadiah dari anak didik kecil ini. Mereka sudah tahu memgungkapkan penghargaan kepada guru yang mendidiknya, jika dilihat, mereka sebenar masih kurang faham apa yang dikatakan hari guru, hanya mengikut satu tradisi biasa hari guru disambut yang sering kita adakan setiap tahun tapi alhmadulillah anak kecil belajar untuk dididik untuk menghargai gurunya. Terima kasih kepada semua anak2 didik TCB, sebagai guru, hadiah paling terbesar adalah anak didik kecil ini menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, menjadi insan profesional dalam kerjaya yg benar2 mengamalkan syariat islam apabila besar kelak.Itulah impian kami sebagai warga pendidik.Disini , kami hanya mampu mendoakan kecemerlangan sahsiah,intelek dan spritual anak didik kecil ini. Moga anak didik ini menjadi pembangun bangsa dan negara insyaAllah. Salam sayang buat anak didik TCB. Sekilas sambutan ringkas Hari Guru di tadika.
| Selamat Hari Guru teacher! |
Besarnyer! Hadiah kek dari 2 orang anak didik TCB, terima kasih |
Hadiah dari Annazem,terima kasih |
| Terima kasih Insyirah, anak didik hampir 3 tahun bersama TCB |
| Teacher sayang kamu semua! |
Monday, May 2, 2011
Hari Terbuka Ibu Bapa
| Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan hari terbuka |
| Cikgu Haris menyampaikan ceramah |
Wednesday, April 20, 2011
Care 4 kids Safety
20/3/2011 :Keselamatan ketika menaiki lif
| Selamat Datang |
| Mendengar penerangan |
| Manakah cara yang betul? |
| Pemerhatian |
![]() |
| Senyum semua! |
Parent's Meet
Bismillahirahmanirrahim,pengumuman parent's meet Tadika Cinta Bestari, insyaAllah akan diadakan pada:
Tarikh : 23/4/2011
Masa : 9.45 pagi-12 tengahari
Tempat : Tadika Cinta Bestari, Taman Ilmu
InsyaAllah, diadakan ceramah berkaitan " Memahami Psikologi Anak Anda" pada hari tersebut sebagai tip pendedahan kepada ibu bapa dalam mengenali karakter anak masing-masing ketika proses mendidik. Kami menjemput juga ibu bapa taska dan kafa untuk turut hadir dalam ceramah ini. Moga ceramah ini memberi info kepada ibu bapa secara tidak langsung mencari potensi terbaik yang dapat dikembangkan dalam diri anak-anak. Jangan lepaskan peluang! Mari beramai-ramai hadir untuk memeriahkan lagi majlis.
Tarikh : 23/4/2011
Masa : 9.45 pagi-12 tengahari
Tempat : Tadika Cinta Bestari, Taman Ilmu
InsyaAllah, diadakan ceramah berkaitan " Memahami Psikologi Anak Anda" pada hari tersebut sebagai tip pendedahan kepada ibu bapa dalam mengenali karakter anak masing-masing ketika proses mendidik. Kami menjemput juga ibu bapa taska dan kafa untuk turut hadir dalam ceramah ini. Moga ceramah ini memberi info kepada ibu bapa secara tidak langsung mencari potensi terbaik yang dapat dikembangkan dalam diri anak-anak. Jangan lepaskan peluang! Mari beramai-ramai hadir untuk memeriahkan lagi majlis.
Friday, April 8, 2011
"Selamat Hari Jadi "
Alhamdulillah, Allah memberi ruang untuk mencoretkan sedikit diari tadika cinta bestari . Agak lama tidak bercerita berkaitanTCB. Pelbagai aktiviti sebenarnya telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011 tahun ini di tadika hingga april ini. Antaranya ; minggu orientasi, program membaca ketika cuti sekolah yang lalu, minggu peperiksaan baru sahaja habis pada seminggu lepas. Terkini, menyambut hari jadi di tadika. Sambutan diraikan oleh anak2 TCB yang secara tidak rancang kerana sokongan ibu bapa seorang anak didik TCB. Sederhana, alhamdulillah anak2 terhibur. Nikmat Allah , rezeki untuk anak2 ini meraikan bersama dengan rakan-rakan mereka.Mari lihat wajah ceria anak2 TCB di tadika.
| "Selamat Hari Jadi Ainul" |
| "Ainul takut ker nak potong" |
| 1,2,3 tiup semua "tooot" |
| "bestnyer, masa untuk makan" |
| "Wajah anak2 TCB 2011" |
| "Teacher!" |
| "Aktiviti bebas" |
Saturday, April 2, 2011
Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
- Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
- Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
- Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
- SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
- Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
- Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
- Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
- Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
- Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
- Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
- Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
- Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
- Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
- (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
- Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
- Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
- Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
- Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
http://www.momschoice.com.my/blog/
Subscribe to:
Posts (Atom)
