Saturday, April 2, 2011

Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu


Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.
  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.
  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.
  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.
  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.
  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.
  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.
  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
http://www.momschoice.com.my/blog/
Arrtikel dari anakkusayang, Semoga termotivasi semua ibu untuk memberikan penyusuan kepada anak-anak anda. 

Wednesday, January 26, 2011

Wanita : Bukan Sekadar Ibu Tapi Juga Isteri

Setelah pelbagai cara dicuba, akhirnya anak yang didambakan lahir ke dunia. Ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan, menyusukan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Pantang anak menangis ibulah orang yang bakal dicari. Lalu ibu disibukkan dengan tugas memenuhi keperluan anak yang kian bertambah saban tahun apabila bilangan anak juga kian bertambah.

Disebabkan kesibukan menjaga anak-anak, si ibu terlupa untuk mempersiapkan dirinya tampil menawan seperti di awal pernikahan dulu. Baginya, anaklah yang utama sehingga makan pun tidak berkesempatan lagi. Apatah lagi jika ibu adalah wanita berkerjaya, lagilah kepenatan tatkala tiba di rumah. Belum termasuk anaknya adalah anak istimewa yang menuntut perhatian yang lebih. Bagi suami, itukan tugas rasmi ibu rumah tangga. Lalu ramai suami yang berlepas tangan daripada turut meringan tanggungjawab isteri dalam mengurus rumah dan anak-anak.

Sayangnya, kesibukan seharian ibu bukan sekadar mengakibatkan si ibu terabai mengurus diri sendiri tapi tidak berkesempatan melayan suami yang dirasakan sudah dewasa untuk mengurus diri sendiri berbanding anak-anak yang masih kecil. Akibatnya, si suami mula berjauh hati, perhatian isteri bukan lagi untuknya tapi dirasakan perhatian tersebut diberikan secara berlebihan terhadap anak-anak. Kekosongan ini cukup besar buat seorang suami tapi seringkali dibincangkan bersama rakan-rakan di luar rumah dan bukannya bersama isteri yang merupakan aktor utama dalam rumah tangga mereka.

Lalu masalah kian bertambah apabila wujud orang ketiga dan sebagainya. Sedangkan pada awalnya masalah diceritakan sekadar untuk didengari dan difahami tapi ternyata pada tempat yang tidak tepat. Masalah ini bukan masalah baru dan dihadapi oleh segelintir pasangan yang berumahtangga tapi dihadapi oleh semua pasangan yang pernah berumahtangga. Persoalannya bukan pada masalah tapi bagaimana kita menghadapa masalah tersebut.

Jika suami merasa dirinya diabaikan oleh isteri, pertamanya anda perlu telus untuk berterus-terang dengan pasangan anda. Menjaga dan mendidik anak, mengurus rumahtangga, bekerja dan melayan suami adalah tugas besar untuk para isteri. Dan anda sebagai suami seharusnya berasa bersyukur kerana isteri anda berusaha untuk melakukan semua tugas tersebut yang mana jika anda yang mengambil alih semua tugasan isteri selama seminggu tentu sekali anda akan pengsan keletihan. Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang ?

Menghargai

Hargailah usaha isteri dalam melaksanakan semua tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu yang mana semua tugasan tersebut mungkin perkara baru baginya. Hakikatnya ramai isteri yang baru belajar ilmu rumahtangga setelah nikah seperti ilmu memasak, mengemas rumah, menjaga anak, menjaga suami dan sebagainya. Jadi hargailah pengorbanannya.

Membantu
Jika anda menyayangi isteri anda, tak salah jika anda membantu tugasan isteri anda seperti menjaga anak, memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan membantu isteri, ikatan cinta isteri terhadap anda akan bertambah utuh. Dengan itu juga suami dapat merasai sendiri bagaimana susahnya menjaga anak, mengurus rumahtangga di samping mempunyai kerjaya di luar rumah. Dalam masa yang sama suami sebenarnya memberi ruang waktu untuk isteri mengurus dirinya sendiri dan tampil menawan seperti dulu. Sebelum terlupa anak isteri juga adalah anak anda, maka tugas mendidik dan menjaga anak bukan sahaja tugas isteri tapi tugas suami juga. Hasilnya, anda akan lebih disayangi dan dihormati oleh anak-anak.

Nyatakan suara hati

Jika anda ingin hubungan anda seromantis dulu apalah salahnya jika anda menyuarakan suara hati anda kepada pasangan bukan pada orang lain yang tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Buatlah kejutan pada pasangan anda seperti membeli hadiah yang disukainya. Banyakkan berdoa pada Allah agar diberi jalan keluar untuk permasalahan yang anda hadapi.

Beradaptasi
Kita perlu sedar bahawa masa privercy untuk suami isteri bersama agak terhad apabila mempunyai anak. Jadi anda perlu bijak mengurus waktu untuk bersama. Kesefahaman dan tolak ansur sangat penting agar bahtera rumahtangga yang kita bina tetap teguh walau badai melanda.

Kepada para isteri, lidah suami selalu berada di belakang hatinya. Lelaki jarang sekali meluahkan sesuatu dengan kata-kata, maka isteri perlu bijak membaca bahasa badan para suami. Sebolehnya, seramai mana pun anak kita, suami tetap berharap bahawa dia tetap anak sulung yang perlu diutamakan. Walaupun suami suka rumah kita kemas, makanan sedap, anak semua terurus tapi dia masih tetap berharap bahawa isterinya tetap menjadi isteri yang melayan dan mendengari suara hati mereka. Seperti isteri, suami juga sedang beradaptasi dengan perubahan hidup yang sedang kita hadapi. Maka, belajarlah untuk saling memahami, membantu, menghargai dan memaafkan kesilapan pasangan kita.

Semoga Allah memperteguh hubungan kita hingga ke syurga. Amin.
 
Artikel dari http://anakkusayang.com/

Sunday, January 16, 2011

Minggu Orientasi

Bismillah, dengan nama Allah maha pengasih dan penyayang...

Syukur Allah memberi peluang untuk terus mendidik anak2 di tadika dan taska bagi sesi 2011. Pelbagai telatah anak2 yang dapat dilihat dengan suasana persekitaran yang baru. Menangis, menjerit, meraung adalah normal hari pertama persekolahan tadika dan taska, para teacher perlu sabar dan tangkas untuk menangani keadaan anak2. Tarbiyah Allah sepanjang 2 minggu sesi bermula,mengajar teacher bijak mengawal keadaan, emosi anak2 dan proses didikan ruhani para teacher agar tidak mengabaikan ibadah sunat mathurat dan dhuha. Alhamdullilah, ini adalah salah satu penekanan yang diterapkan warga pendidik TCB dalam proses mendidik anak2 di tadika dan taska.InsyaAllah, kami menjadikan ibadah sunat adalah sumber kekuatan dalaman jiwa pendidik agar terus istiqamah memberi yang terbaik dalam pendidikan anak2.

Let's Review keadaan di tadika

Music Box
Let's reading
Gembira hari pertama sesi persekolahan,Senyum semua!
Know fonetic sound a,i,u


"Pendidikan anak2 keutamaan kami"
Melahirkan muslim cilik profesional

Tuesday, December 14, 2010

Ceria, Kreatif dan Inovatif SHP!



Bismillah, dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, SHP minggu ke 3 menyaksikan pelbagai telatah anak2 TCB yang Ceria, kreatif dan inovatif.

1) Field Trip " Seberang Jaya Library"
"Seberang Jaya Library"

"Bersedia beraksi untuk Chicken Dance"
"Chicken Dance"
Aktivti membuat kertas ikan
"Cantik Hasil Kerja Anak2 " 
"Story Telling"
"Lukman kusyuk mendengar"

" Kotak Beracun"

"Seronok nak dapat hadiah" 


2) Cooking " Kentang putar"
"Teacher Hajar memberi penerangan" 
"Jangan Tak Gaul"
"SMILE"


3) Simple Experiment " Mixing Oil and Water"

"Mendengar penerangan dari Teacher Aishah"
Perbandingan Sebelum dan Selepas Sabun diletakkan



"Praktikal anak2 membuat eksperimen"
"Insyirah tengah berfikir ke?"

"Syakir tengah membuat pemerhatian"
Anak2 berbeza potensi, SHP memberi ruang anak2 berfikir, mencuba dan mencungkil bakat dalam diri anak2.Tahniah ibu bapa yang menghantar anak2 ke SHP kali ini.Moga ini langkah untuk pendidik warga TCB terus merangsang memberi yang terbaik dalam pendidikan anak2 insyaAllah.

Monday, December 6, 2010

Diary School Holiday Programme

Alhamdulillah, sepanjang SHP banyak aktiviti dan input dapat dicurahkan kepada anak2 didik TCB. Let's review

1)  Story Telling " Nabi Ibrahim"
Pelajar Kusyuk mendengar penerangan dari teacher

2) Simple Experiment " Use a ballon to amplify sound"
Mendengar bunyi
"Boleh dengar ke?"
Menyiapkan lembaran kerja selepas experiment
3) Physical Activites " Asingkan kacang hijau dan kacang merah"-perbaiki motor halus
Fokus
Pertandingan paling cepat mengasingkan kacang


4) Creative Workshop " Money Box"
Hias box 



5) Field Trip " Bird Park Seberang Jaya"

perjalanan ke bird park
"Tidak sabar nak melihat burung ciptaan Allah"
"pahlawan cilik TCB"
"Teacher nak bagi burung makan cacing"



"Bird Show"

"Beraninyer Teacher izzah"
"Jangan risau Aqil, burung tu tak makan pun"
" Bergaya dengan kaca mata hitam"

6) Muslim Practice "Haji"
Model pakaian ihram



6) Simple Experiment "Escaping Water"
Memerhatiikan pergerakan air
Senyum semua
"Lame lagi ke nak tunggu air ni turun teacher?"
Ini adalah sebahagian aktiviti SHP yang lalu. 2 minggu lagi SHP akan berlangsung. Kami mengalukan ibu bapa untuk menghantar anak2 ke program ini. Mari, jangan lepaskan peluang bersama kami!.Open 4-12 years.

Saturday, December 4, 2010

Tadika Cinta Bestari: Open Registration 2011

"Pendidikan anak-anak keutamaan kami"

Moga Allah memudahkan kami mendidik anak-anak ini