Saturday, August 6, 2011

Aktiviti Ramadan

      
Ramadan Kareem, alhmadulillah,di tadika sepanjang ramadan ini diadakan aktiviti untuk anak-anak didik tadika. Teacher bertungkus lumus untuk memikirkan cara terbaik untuk sama2 menghidupkan makna ramadan dalam diri anak-anak. Cabaran, pastinya mempraktikkan puasa dikalangan anak-anak bukan mudah, pelbagai cara untuk menarik anak-anak agar mereka termotivasi untuk berpuasa terutama yang berusia 4 tahun. Teacher cuba memastikan tiada waktu makan pagi di tadika melainkan menyediakan waktu makan tengahari. Praktikal anak-anak untuk sama2 menahan lapar dari pagi hingga tengahari di tadika. Alhamdulillah ibu bapa juga memberi sokongan, meningkatkan semangat anak2 untuk berpuasa hingga ke petang. Menariknya, ada kad amal soleh untuk anak-anak bagi meningkatkan sahsiah dibulan ramadan, akan diberi bintang bagi setiap amal soleh yang dilakukan yang di pantau oleh ibu bapa dan teacher di tadika. Moga anak-anak termotivasi untuk membuat amal yang baik. Bahkan juga, sepanjang ramadan anak-anak dididik untuk menghafal hadith berkaitan ramadan dan niat puasa ramadan. Artikel berkaitan ramadan juga turut disediakan untuk pembacaan teacher dan ibubapa di tadika dan taska. Moga usaha sedikit ini memberi peluang untuk tingktkan amal sepanjang ramadan ini, insyaAllah. Dibawah,gambar suasana ramadan pada minggu pertama berpuasa.

Ahlan Wasahlan Ramadan dari TCB


Hadith, jom kita hafal







Aktiviti Ramadan

Mempelajari sahur dan buah kurma

Kad Amal Soleh

Tahniah!Wajah ceria anak2 yang berpuasa hingga petang

Ayuh, kita puasa kawan-kawan

Hadiah!Pelajar terbaik ramadan minggu pertama, tahniah Faiz


Syabas, buat semua anak-anak belajar untuk memahami puasa yang merupakan rukun islam ke -3 ini. Mulai sekarang agar bila dewasa kelak tidak susah untuk mempraktiskannya ya :).

No comments:

Post a Comment