Tuesday, November 30, 2010

"Menanam pokok"

Praktikal menanam pokok oleh anak2
Khamis lepas diadakan aktiviti menanam pokok oleh semua pelajar SHP. Anak2 dikehendaki membawa pokok sendiri untuk di tanam di sekitar tadika. "Love our nature". Aktiviti ini secara tidak langsung mendidik anak2 mencintai, menghargai dan memahami kebesaran Allah melalui ciptaan Allah.

mendengar penerangan dari teacher






Tuesday, November 23, 2010

Simple Experiment " Make an egg float in salt water"

     Assalamualaikum, alhamdulillah School Holiday Program(SHP) baru sahaja dilaksanakan dalam minggu ini. Pelbagai telatah anak2 yang boleh dilihat sepanjang 2 hari ini. Simple experiment sempat dirakam tadi. Anak2 sangat seronok mengetahui bagaimana telur boleh timbul di didalam air yang masin. Penerangan dan praktikal ekperiment ini diterangkan oleh teacher aishah dengan membandingkan telur yang diletakkan didalam bekas yang tidak ada garam dan ada garam. Selepas praktikal experiment ini, anak2 membuat lembaran kertas kerja untuk tingkatkan kefahaman.
    Experiment ini sangat mudah dilakukan, merangsang anak2 sejak kecil untuk berfikir dan mencari jawapan melalui pemerhatian dan pengalaman mereka. Rangsangan yang pelbagai perlu kerana setiap anak mempunyai keunikan dan potensi yang berbeza kerana rangsangan yang praktikal sangat membantu perkembangan mental dan emosi anak2.Oleh sebab itu SHP ini dilaksanakan secara tidak langsung merangsang perasaan ingin tahu yang berterusan anak2 terhadap apa jua pembelajaran yang mereka pelajari  selain mengisi masa cuti mereka dengan perkara yang berfaedah.

"Senyum semua"Posing sebelum mula experiment

Teacher Aishah menunujukkan cara melaksanakan experiment
" Teacher kene kacau ke lepas letak garam?"

"Boleh timbul ke nanti ni?"
"Saintis muda"

Membuat pemerhatian "an egg float or sink in salt water?"


Pelbagai lagi aktivti sepanjang SHP ini, Cooking, Creative Workshop, Muslim Practice,Field Trip,Physical Activities,Story Telling. Jangan lepaskan peluang bersama kami!.Open 4-12 years old.


Wednesday, November 17, 2010

Sport Day TCB 2010!!!!!

Bismillahi Walhamdulillah...


Alhamdulillah,13 November yang lepas,Tadika Cinta Bestari menjalankan Hari Sukan dan Penyampaian Anugerah Potensi untuk anak-anak TCB. Syukur segalanya berjalan lancar,tidak hujan dan tidak terlalu panas,just fine(^_^).

Aktiviti bermula seawal 8.00 pagi dengan ketibaan para ibubapa bersama anak-anak mereka. Tepat 8.30am,senamrobik anak-anak dimulakan dengan lagu 'Demi Matahari' dan 'Chicken Dance'. Aktiviti ini menguji kebolehan koordinasi tangan dan kaki berdasarkan rentak yang di cam melalui deria pendengaran. Huhu,menarik melihat aksi si kecil bersenamrobik.


Bersedia untuk senamrobik

Acara sukan yang dijalankan menekankan aspek motor kasar.Antara acara yang dipertandingkan adalah :

1) Lumba Lari
2) Bawa bola pingpong dalam sudu
3) Pas Air menggunakan cawan

Peserta terdiri daripada anak-anak TCB yang berusia antara 3 - 5 tahun.Mereka dibahagikan dalam kumpulan mengikut perkembangan fizikal masing-masing.

Pertandingan meniup belon sampai pecah bertukar menjadi tiup belon paling  besar

Juga terdapat acara untuk anak-anak yang berusia 7tahun hingga 12 tahun.

Selesai acara sukan,beralih acara penyampaian hadiah. Masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak,huhu! Selain hadiah acara sukan,TCB juga menyediakan Sijil Anugerah Potensi. Kami tidak menilai anak-anak melalui pencapaian markah paling tinggi dalam ujian bertulis untuk anugerah ini. Tetapi kami ingin mengeluarkan,meraikan dan mengembangkan lagi potensi tersendiri yang ada pada diri setiap anak-anak ini. Antara anugerah potensi yang disediakan ialah :

Tak sabar menunggu hadiah,huhu

1)Anugerah Potensi Minda Cerdas - untuk anak-anak yang cerdas dan kuat daya ingatannya

2)Anugerah Potensi Aktif Kreatif - untuk anak-anak yang aktif di lapangan fizikal dan punya estetika kreatif

3)Anugerah Potensi Anak Muslim Mandiri - untuk anak-anak yang sentiasa disiplin,kemas dan teratur dalam setiap urusannya

4)Anugerah Potensi Karismatik - untuk anak-anak yang punya aura ketokohan dan kepimpinan

Antara penerima anugerah

Bergambar bersama hadiah dan sijil anugerah masing-masing

Alhamdulillah,majlis bersurai sekitar 11.00pagi. Terima kasih tidak terhingga kepada setiap tea yang bertungkus lumus menjayakan Hari Sukan ini.Tidak lupa kepada para ibubapa yang turut sama menyumbang dan sentiasa memberikan sokongan.Mohon maaf andai ada sebarang kekurangan sepanjang acara berlangsung.

Terima Kasih daripada barisan Tea TCB!!

Saturday, November 13, 2010

Pendaftaran Terbaru Tadika dan Taska Cinta Bestari Taman Ilmu

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah Allah memberi peluang warga didik TCB untuk terus mendidik anak-anak di TCB sesi 2011. InsyaAllah kami membuka pendaftaran baru untuk kemasukan Tadika dan Taska Cinta Bestari Taman Ilmu untuk sesi 2011. Kepada ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran atau penempahan tempat serta mengetahui keterangan lanjut TCB, boleh hubungi:
1) Tadika-Teacher Izzah(0134554078) atau Teacher Hajar(0134036385)
2) Taska -Teacher Rika (0134662781)




"Pendidikan anak-anak keutamaan kami"

Wednesday, November 10, 2010

Sepasang Penderhaka?

Ramai ibubapa hari ini kecewa dengan sikap anak-anak mereka, degil, suka melawan, penyamun, perosak anak dara orang dan banyak lagi kejahatan lainnya. Air mata kekecewaan mengalir di pipi mereka, namun luka di hati tiada siapa yang tahu. Mereka tertanya-tanya, apakah ini balasannya atas kerja kuat mereka menafkahi dan membesarkan anak-anak sehingga sedewasa ini ? Keletihan lalu ingatkan kian terhilang setelah anak kian dewasa namun ia malah bertambah-tambah dengan sikap anak yang tak tahu membalas jasa. Sungguh tidak berbaloi !

Kisah Saidina Umar dan sebuah keluarga bakal menjawab teka-teki kita  semua. Mereka juga bermasalah seperti anda. 

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula  dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menghentam ibubapa yang saya pasti telah bersusah-payah untuk membesarkan anak-anak dengan sesempurna mungkin. Namun, kisah ini saya bawakan khas untuk kita para ibubapa dan bakal ibubapa mengoreksi diri berkaitan tanggungjawab kita terhadap anak-anak.

Memilih calon ibu yang terbaik

Isteri itu dipilih kerana empat perkara, keturunan, kekayaan, kecantikan dan keimanan. Maka utamakanlah isteri yang bukan sekadar tahu agama tapi mendirikan agama, sedangkan tiga perkara yang lain adalah nilai tambah yang bakal melengkapkan lagi pernikahan kalian.

Isteri yang beragama penting kerana dialah ibu rumah tangga dan menentu jejak suami dan anak-anak untuk terus melangkah ke syurga. Hal ini dapat meringankan kerja suami dari menanggung dosa isteri yang tidak solat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Mendidik isteri yang sudah liat dalam menegakkan syariat Islam jauh lebih sukar berbanding mendidik anak yang masih kecil.

Sebelum terlupa, suami juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama kerana suamilah ketua keluarga yang diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mendidik isteri dan anak-anak dengan Islam yang sebenar.Jadi pilihlah isteri dan suami yang terbaik kerana ia bakal menentukan nasib pernikahan anda dan anak-anak pada masa mendatang. Jauhilah dari ber'couple' dengan alasan apa pun kerana ia adalah permulaan yang buruk untuk pernikahan dan anak-anak anda.

Memberi nama yang terbaik

Nama adalah doa ibubapa untuk anak-anak, terkadang nama yang diberi begitu indah namun dipanggil dengan panggilan yang kurang baik atau tanpa maksud. Carilah nama dan panggilan yang terbaik untuk anak anda menggunakan buku nama-nama anak muslim yang ditulis dengan maksudnya sekali.

Elakkan juga kata-kata negatif seperti 'degil betul budak ni', tolol, bodoh, dan sebagainya. Jika anda terus memanggil mereka atau memarahi mereka dengan kata-kata seperti itu, maka jangan kecewa atau marah jika anak-anak betul-betul menjadi apa yang anda ucapkan saban hari. Lalu saat mereka melakukan kesalahan, banyakkan bersabar dan ajarlah tindakan yang sepatutnya kerana anak mendambakan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih lama hidup di dunia ini.

Mengajarkan Al-Quran

Berapa ramai ibubapa yang mampu membaca al-Quran dengan tartil ? Berapa ramai ibubapa yang sempat meluangkan masa untuk membaca al-Quran dalam kesibukan sehariannya ? Serta berapa ramai pula yang mengajarkan anak-anak mereka dengan al-Quran ? Berapa ramai pula yang mempraktikkan isi al-Quran dalam diri dan keluarganya ? Tepuk dada, tanyalah iman.

Terkadang, ibubapa sudah terbukti soleh tapi dek kerana kesibukan kerja di luar rumah, kita terlupakan pendidikan agama anak-anak kita. Apatah lagi jika ibubapa bukan orang soleh, maka anak-anak kian terpesong. Guru yang anda gajikan untuk mendidik anak mengenal Allah, hanya sekadar pembantu dan ibubapalah guru sebenar yang mengajarkan anak-anak tentang agama dengan teladan yang baik.

Masanya untuk berubah

Jika kita pernah menderhakai anak-anak, maka kini saatnya untuk berubah. Mohonlah ampunan Allah, petunjuk dan pertolonganNya agar anda dapat meluruskan kembali diri, pasangan dan anak-anak dari terus terpesong. Mungkin sulit untuk melenturkan buluh yang telah matang namun sekurang-kurangnya anda perlu berusaha. Inilah kafarah dosa kita semalam.

Kepada anak-anak yang diderhakai, maafkanlah kesalahan ibubapamu. Betapa mereka sanggup menjaga kita dengan susah payah dan bukan dibuang selepas dilahirkan. Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kita. Apa yang terjadi, jadikanlah pengajaran agar anak-anak yang bakal kita lahirkan nanti tidak mengalami nasib yang sama seperti kita.

Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6]


Artikel dari http://anak-teladan.blogspot.com/

Monday, November 8, 2010

School Holiday Programme!

Alhamdulillah, School Holiday Programme(SHP) akan diadakan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang anak-anak anda untuk bersama  kami dalam menyertai pelbagai aktiviti menarik SHP kali ini.
Butir-butir SHP :
a) Tarikh : 22/11/2010-24/12/2010
b) Aktivti:
  • Quranic Recitation
  • Field Trip(Birdpark, Bomba, Batik, Library)
  • Simple Experiment
  • Cooking
  • Creative Workshop
  • Art & Craft
  • Muslim Practice
Creative Workshop

Cooking 

Field Trip" Ecopark Bukit Merah"

Cooking "Biskut Batik"


Muslim Practice


Jika anda berminat untuk menghantar anak anda ke School Holiday Programme kami, sila hubungi Puan Hajar (013-4036385) atau Cik Izzah(013-4554078) untuk keterangan lanjut.