Monday, September 14, 2015

KELALAIAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK. . .

              Antara faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak anak-anak adalah ibu bapa lalai dan sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Dalam situasi ini kita tidak boleh memperkecilkan peranan seorang ibu dalam memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak di bawah jagaannya.

                                         " Ibu ibarat sekolah,
                             "Sekiranya engkau menyiapkannya,"
           " Maka engkau sudah melahirkan generasi yang mulia"

               Justeru itu, tidak ada beza antara ibu dan ayah dalam kewajipan menjalankan tanggungjawab. Bahkan tanggungjawab ibu lebih penting dan utama kerana ibulah yang selalu mendampingi anaknya sejak dilahirkan sehingga membesar menjadi remaja dan kemudiannya mencapai usia yang melayakkannya menerima tanggungjawab. Rasulullah S.A.W sendiri dalam sebuah hadith meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada ibu sahaja, apabila menerangkan, "ibu adalah penjaga di rumah suaminya dan ibu bertanggungjawab ke atas tanggungannya."

               Ini bertujuan supaya ibu turut merasakan kewajipan yang sama dengan ayah, saling berganding bahu menjalankan tanggungjawab mendidik bersama-sama. Bayangkan sekiranya ibu mengabaikan tanggungjawab mendidik anaknya kerana terlalu sibuk melayan rakan-rakan, menyambut tetamu, sering keluar rumah, dan lain-lain. Manakala,bapa juga mengabaikan tangungjawab kerana sibuk mengisi waktu lapang dengan berfoya-foya dan minum kopi di warung bersama rakan-rakannya.

Bayangkan kehidupan keluarga seperti ini, sudah pasti anak hidup seperti anak yatim yang kehilangan tempat bergantung , bahkan menjadi punca kerosakan dan jenayah dalam umat secara keseluruhannya.

                               Anak yatim itu bukan yang ibu bapanya, 
              kehabisan tujuan hidup dan meninggalkannya dengan hina,
                               Anak yatim sebenar adalah yang mempunyai,
                              ibu yang cuai dan ayah yang terlalu sibuk.

Rasulullah s.a.w juga menegaskan dalam lebih daripada satu perintah dan wasiat tentang kepentingan menjaga anak-anak dan kewajipan melaksanakan tanggungjawab mendidik mereka. Justeru itu, sebagai seorang ibu bapa yang penyayang, maka didiklah dan bimbinglah anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sesungguhya anak itu adalah syurga kita di akhirat yang bakal mendatang.



         

No comments:

Post a Comment