Sunday, May 22, 2011

Hari Sukan Tadika Taska Cinta Bestari 2011

      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segala perjalanan hari sukan pada hari ini, gembira melihat wajah-wajah ibu bapa, guru-guru dan anak didik TCB bertungkus lumus bersama menjayakan hari sukan. Syukur kepada Allah, dengan cuaca yang tidak terlalu panas dan juga tidak hujan membantu lagi melancarkan perjalanan hari sukan. Sebagai pendidik TCB kami sangat berbangga dengan kehadiran ibu bapa pada hari ini kerana turut bersama turun ke padang untuk menyokong anak masing-masing.
     Tahniah dan syabas kepada semua terlibat guru-guru TCB, tea aishah,tea khai,tea izzah, tea dila, tea atikah, tea suhana, tea dibah dan juga sukarelawan sahabat kami iaitu tea anathi dan tea rehan yang turut membantu. Bukan mudah untuk mengawal aktiviti ini tanpa bantuan guru yang ramai. Hanya 2 minggu latihan sukan diadakan, alhamdulillah segala berjalan dengan baik. Terdapat juga sukan keluarga diadakan pada tahun ini, kelihatan ibu bapa sangat terbuka untuk terlibat sama. Acara dipertandingkan adalah acara memakan kacang yang melibatkan kerjasama ibu,bapa dan anak. Sangat menarik, disini menguji interaksi dan kerjasama anak2 dengan ibu bapa.
     Antara acara sukan dipertandingkan untuk tadika seperti lumba lari, gelek bola dengan gelung, pantas memakai kasut, lari dalam kain sarung, cari kerang berwarna, lari berhalangan, lari pakai t-shirt. Acara sukan taska pula, acara mengambil sumi di padang dan memindahkan air dari satu bekas ke bekas yang lain. Geli hati melihat telatah anak2 di padang, guru pun tidak menang tangan untuk mengawal keadaan di padang, dan pastinya ibu bapa insan paling gembira melihat aksi anak masing-masing di atas padang. Jauh di sudut hati kami, kami sangat senang melihat suasana ini, interaksi dan ukhuwah yang terjalin pastinya menyimpan seribu memori buat kami sebagai pendidik.
     Terima kasih di atas segala sokongan yang tidak putus-putus dari ibu bapa dan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mendidik anak2 di TCB. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi hari sukan TCB pada tahun hadapan. Gambar sepanjang hari sukan masih dalam proses, insyaAllah gambar akan menyusul kemudian.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU!



Selamat Hari Guru teacher!
 Selamat Hari Guru! buat semua yang bergelar pendidik :). Alhamdulillah, hari ini sambutan yang tidak di rancang oleh warga Tadika Taska Cinta Bestari, sambutan hari guru,anak2 didik TCB datang  ke sekolah hari ini  dengan membawa hadiah di tangan masing-masing sambil mengucapkan ucapan selamat hari guru kepada semua teacher TCB. Hati mana yang tidak berbunga apabila menerima hadiah dari anak didik kecil ini. Mereka sudah tahu memgungkapkan penghargaan kepada guru yang mendidiknya, jika dilihat, mereka sebenar masih kurang faham apa yang dikatakan hari guru, hanya mengikut satu tradisi biasa hari guru disambut yang sering kita adakan setiap tahun tapi alhmadulillah anak kecil belajar untuk dididik untuk menghargai gurunya. Terima kasih kepada semua anak2 didik TCB, sebagai guru, hadiah paling terbesar adalah anak didik kecil ini menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, menjadi insan profesional dalam kerjaya yg benar2 mengamalkan syariat islam apabila besar kelak.Itulah impian kami sebagai warga pendidik.Disini , kami hanya mampu mendoakan kecemerlangan sahsiah,intelek dan spritual anak didik kecil ini. Moga anak didik ini menjadi pembangun bangsa dan negara insyaAllah. Salam sayang buat anak didik TCB. Sekilas sambutan ringkas Hari Guru di tadika.
Besarnyer! Hadiah kek dari 2 orang anak didik TCB, terima kasih

Hadiah dari Annazem,terima kasih



Terima kasih Insyirah, anak didik hampir 3 tahun bersama TCB
 
Teacher sayang kamu semua!




Monday, May 2, 2011

Hari Terbuka Ibu Bapa


Syukur alhamdulillah, Hari Terbuka Ibu bapa TCB baru sahaja seminggu lepas berlalu. Maaf agak lewat untuk di update. Pertemuan ringkas memberi peluang untuk guru TCB dan ibu bapa membincangkan perkembangan pembelajaran dan sahsiah anak-anak ketika berada di tadika. Hari tersebut juga diadakan ceramah ringkas berkitan "Memahami Psikologi Anak Anda" oleh Cikgu Haris yang dijemput khas dari Perak. Terima kasih di atas kunjungan dan perkongsian yang menarik. Pertemuan selama sejam bersama Cikgu Haris tidak cukup, bahkan ramai ibu bapa yang ingin slot ceramah dipanjangkan sedikit untuk pertemuan akan datang. Pandangan  ibu bapa terhadap slot  sedikit sebanyak memberi kepercayaan kepada warga guru TCB bahawa Hari Terbuka seperti ini perlu dilakukan lebih efektif lagi untuk kehadapan. Ini menunjukkan juga ibu bapa hari ini semakin sedar akan kepentingan memahami pendidikan anak-anak. Moga usaha ini diteruskan, dan sokongan ibu bapa yang tidak terhingga menjadi pemicu kepada kami untuk melakukan yang terbaik.

Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan hari terbuka
Cikgu Haris  menyampaikan ceramah
Ibu bapa Kusyuk mendengar


Syabas kepada semua! Warga TCb dan juga ibu bapa yang hadir. Tahniah kami ucapkan kepada ibu bapa yang hadir kerana meluangkan sedikit  masa bersama kami untuk bersama menilai dan memperbaiki perkembangan anak-anak di tadika. Segala cadangan dan perbaikan yang diberikan kami sangat hargai untuk perbaikan akan datang. Moga bertemu untuk pertemuan hari terbuka akan datang insyaAllah.