Saturday, October 30, 2010

Jangan Jemu Memuji dan Merangsang

She’s just ‘too hot to handle’! “Naurah dah makan ke?” saya bertanya. Beliau hanya tersengih. Muka saya masam mencuka. Naurah memuncungkan mulutnya. “Kenapa Naurah makan? Bukankah hari ini kita berpuasa? Sayang sahaja. Baru pukul 11 pagi!” saya menjelaskan kepadanya tentang apa yang berlaku. Too hot to handle…. kadang-kadang begitu saya istilahkan anak perempuan kesayangan saya 

“Naurah dah makan ke?” saya bertanya.
Beliau hanya tersengih.
Muka saya masam mencuka.
Naurah memuncungkan mulutnya.
“Kenapa Naurah makan? Bukankah hari ini kita berpuasa? Sayang sahaja. Baru pukul 11 pagi!” saya menjelaskan kepadanya tentang apa yang berlaku.
Too hot to handle…. kadang-kadang begitu saya istilahkan anak perempuan kesayangan saya ini. Naurah sangat unik. Hatinya boleh menjadi sekeras batu, boleh juga sedingin salju. Jika saya pulang dari kerja, Naurahlah yang paling mesra menyambut di pintu, menawarkan segelas air dan mencabut stokin serta membuat apa sahaja untuk menggembirakan hati saya.
Tetapi hatinya itu jangan disinggung.
Tersilap menegur, langit cerah menjadi taufan. Amuknya bukan kepalang.
POSITIVE REINFORCEMENT
Mengajar sesuatu kepada Naurah adalah contoh ekstrim tentang keperluan POSITIVE REINFORCEMENT.
Pendekatan ini bukan bermaksud melimpahkan pujian tidak berasas tanpa tujuan kepada anak-anak. Positive reinforcement bermaksud kepekaan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berhubung dengan kanak-kanak, terhadap perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang anak, mengiktiraf kebaikan yang dilakukan itu dan memberikan ganjaran. Apa yang diganjarkan itu, sama ada berbentuk pujian, senyuman, anggukan kepala dan sesekali hadiah untuknya, menjadi PERHATIAN yang diberikan oleh di tempat yang betul untuk anak-anak.
Ia membantu anak-anak menetapkan satu tujuan yang positif kepada anak-anak untuk mereka membuat kebaikan.
Ia juga tidak menghantar mesej yang salah kepada anak-anak, bahawa perbuatan baik mereka disepikan, salah laku ditegur malah diherdik. Akhirnya, hanya dengan salah laku, mereka akan mendapat perhatian daripada ibu dan bapa.
Naurah tidak makan saman, tetapi sangat menghargai pujian. Setiap pujian sangat menjadikannya bermotivasi tinggi untuk melakukan sesuatu yang baik. Manakala teguran, amat sulit untuk dihadam.
Perempuan barangkali? Saya hanya mampu tersenyum memikirkannya.
Metod Khalifah mengajar ibu bapa prinsip berlembut tetapi tegas. Gentle but firm!
Bersama Naurah, kami menggunakan sepenuhnya regim ini.
HUKUMAN YANG BERSESUAIAN
“Wah, seronoknya. Ada jelly!” Naurah melonjak gembira melihat agar-agar merah kegemarannya terhidang di meja.
Sorry, meja ini untuk orang yang berpuasa sahaja. Naurah duduk dulu. Makan selepas kami makan” saya bertegas.
Wajahnya segera berubah. Masam mencuka. Renungan matanya seperti mahu menelan saya. Tetapi saya dan isteri abaikan sahaja. Sudah biasa.
“Seronok betul makan bersama-sama apabila berbuka. Sebab itu kita kena berpuasa. Kalau letih dan tak mampu, beritahulah ibu bapa. Jangan pula pandai-pandai makan sendiri. Terpulang, mahu makan makanan yang sedap-sedap, atau sekadar makan nasi lauk semalam” saya bermonolog sambil menjeling di ekor mata melihat gelagat Naurah yang sudah berbungkus selimut membina ‘comfort zone‘ beliau sendiri.
Keesokan harinya, Naurah enggan bangun sahur.
2 Ramadhan adalah hari beliau melepaskan kemarahan. Semua jadi tidak kena. Naurah enggan berpuasa.
3 Ramadhan pun sama juga.
4 Ramadhan, kemarahannya reda.
Naurah bangun bersahur dengan ceria. Semangkuk cereal menjadi hidangan dengan sedikit nasi yang ditambah.
Sepanjang hari Naurah ceria. Banyak masa dihabiskannya dengan melukis. Saya memantau lukisan Naurah yang kelihatannya semakin lama semakin terpeinci, hingga khemah pun sudah ada pasak dan tali yang lengkap, demikian juga tompok-tompok pada kucing yang bukan satu warna lagi.
“Naurah dahagalah” kata anak dara saya itu.
“Naurah boleh tahan lagi ke?” saya sekadar memeriksa.
Tidak memaksa, namun tidak mahu puasa berlaku tanpa difahami ertinya.
“Naurah boleh tahan lagi” katanya.
“Bagusnya. Kalau penat beritahu Abi, ok!” saya mengingatkan.
Sehingga lewat petang, Naurah masih berpuasa. Abangnya, Saiful Islam sudah tidak tentu arah. Tidak sabar mahu bertolak balik ke kampung. Juga gelisah menahan kelaparan.
BERJAYA
“Allahu Akbar, Allahu Akbar!” azan berkumandang.
“Tahniah Naurah… Tahniah Naurah… Tahniah Naurah!!!” kami semua menjerit.
4 Ramadhan mencatatkan kegembiraan buat kami semua kerana buat pertama kalinya, Naurah berjaya menyempurnakan puasanya dengan baik! Berdozen-dozen ciuman dan pelukan kami berikan sebagai tanda kegembiraan. Tidak dilupakan Strawberry House yang diharap-harapkannya semenjak awal tahun lagi.
Setiap anak itu unik.
Ibu bapalah yang mesti mengesan dan menghargainya.
Subuh ini Naurah ceria bersahur lagi.
Artikal dari Saifulislam

Jangan kedekut untuk memberi pujian terutama kepada ibu bapa dan pendidik anak2. Anak-anak rasa sangat dihargai apabila mendapat pujian yang berasas dengan tindakan mereka baik anak-anak ketika kecil mahupun apabila mereka sudah besar kelak. Rangsangan yang baik dari ibu bapa secara tidak langsung akan membina peribadi dan keyakinan diri anak-anak untuk terus belajar sesuatu. Let's try, pasti anda tidak menjangka hasilnya yang sangat positif dalam diri anak-anak anda.

Monday, October 25, 2010

Testimoni Ibu Bapa TCB

Assalamualaikum..kami siarkan testimoni dari ibu bapa Tadika Cinta Bestari sepanjang proses pembelajaran di tadika tahun ini. Alhamdulillah, hasil dari testimoni ibu bapa berpuas hati terhadap perkembangan anak2 mereka sepanjang belajar di tadika. Perkembangan positif ini secara tidak langsung  memberi semangat kepada warga pendidik TCB untuk terus berjuang mendidik peribadi, intelek, sosial,  ank2 mengikut acuan islam yang syumul. Moga TCB akan terus mengorak langkah lebih jauh insyaAllah.

Sebahagian hasil testimoni dari ibu bapa


BIL
NAMA ANAK
NAMA AYAH
NAMA IBU
TESTIMONI
1
Muhammad Wan Aliff Aidil (4 tahun)
Md Desa b Abu Bakar
Sharifah Kalsom bt Syed Ahmad
Pada 5 bulan pertama Aliff dimasukkan ke tadika,saya lihat Aliff sudah mula kenal huruf A,B,C. dan kenal nombor.Satu perkembangan yang cukup sihat dari minda Aliff bila Aliff mula pandai menghafal doa dan membaca Al-Fatihah.Walaupun dalam cakap yang tak berapa terus. Faham apa itu solat. Dalam usia 4 tahun,Aliff sudah tahu basic dalam pembelajaran.

2
Nur Syasya Qistina
(4 tahun)
Mat Kail b Mustapha
Salina Che Aziz
·         Kini pada umur 4 tahun,anak saya lebih mudah mesra dengan  rakan-rakan sekelilingnya
·         Anak saya makin petah bercakap dan bercerita
·         Kemahiran dari segi menulis.melukis,mewarna, dan membaca meningkat
·         Boleh membaca dan menghafal beberapa doa serta surah –surah ayat al-quran serta bacaan dalam solat.
·         Boleh mengeja suku kata huruf-huruf dan membunyikannya dengan baik

3
Nur Fatihah
(4 tahun)
Mohd Sofian b Said
Haslina Hassan
Alhamdulillah,pendidikan Teah cemerlang. Sekarang dah boleh membaca dan menulis. Terima kasih kepada semua pendidik TCB membantu kami memberi didikan kepada Teah

4
Ku Nurirdina Athirah(4 tahun)
Ku Mohd Fazly b Ku Hamdan
Suhaili Ibrahim
·         Sudah mengenal huruf-huruf.contoh; apabila menonton TV atau ketika berada di luar,sekiranya ternampak huruf-huruf,Athirah akan menyebut huruf tersebut contohnya Tesco,Jusco.
·         Dari segi sosial,nampak perkembangan yang amat baik.contoh jika hendak sesuatu,dia akan bertanya dahulu dan akan mengucapkan terima kasih/thank you apabila menerima sesuatu pemberian
·         Sudah pandai baca doa makan,al-fatihah,asmaul husna
·         Berdikari – selepas makan atau minum,akan meletakkan pinggan atau cawan ke dalam sinki
·         Tahu cara-cara untuk solat

5
Nurul Husna Mahadi (4 tahun)
Mahadi bin Saat
Noraziha bt Yatim
·         Dapat mengenal huruf
·         Dapat membunyikan sebutan sukukata
·         Boleh menyambungkan sukukata menjadi perkataan
·         Boleh membuat kira-kira yang mudah dengan baik
·         Pandai membaca doa

Wednesday, October 20, 2010

Mendidik Anak Dengan Cinta

Situasi yang sering dilalui oleh ibu bapa dan pendidik anak-anak

Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”
“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”
“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”
“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”
“Ok, Abdullah lap”
“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”
“Kan Abdullah yang tumpah kan tadi?, Abdullah la yang kene lap. Siape yang tumpahkan die kene lap. Mari sini ummi tunjukkan.”

Biasanya ibu bapa lebih mudah memarahi anak dan melarang mereka dari meneroka dunia sekeliling mereka kerana itu lebih mudah buat kedua ibu bapa. Anda bagaimana?
Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?
Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.
Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.
Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.
Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.
Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.
Bagaimana kita menyinggapi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.
Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menuasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.
“Ummi, tu ape tu yang hitam tu?”
“Ummi kenape ikan tu duduk dalam air?”
“Abi kenape abi solat?”
Menghalang mereka daripada meneroka alam disekitar mereka bererti menghalang suatu kehendak yang membuak-buak dari dalam jiwa mereka. Untuk lebih mudah difahami lagi, ianya bagaikan menghalang seorang yang lapar dari makan dan seorang yang mengantuk dari tidur.
“Tapi kalau tak halang, habislah bersepah rumah. Berteraburlah semua barangan. Tak larat lah asyik nak kene kemas rumah jer.”
Hmm soal ini, kene bijak lah dalam mengaturkannya. Banyak penyelesaian yang ada, antaranya :
1. Mengajarkan mereka agar bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang telah dia sepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu satu perbuatan yang seolah-olahnya sangat menyeronokkan. Boleh juga memberikan syarat kepada mereka kalau nak main kene kemas balik selepas habis main. Menyediakan satu ruang khusus untuk mereka bermain juga satu kelebihan.
2. Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Maka mereka tak perlu bereksperimen dengan barangan kita yang lain yang lebih berharga. Tapi biasanya anak lebih berminat dengan barangan dia selalu lihat kita gunakan. Ingat mereka sebenarnya ingin belajar dan bereksperimen bukan sekadar bermain. Dia ingin merasai pengalaman membuat semuanya. Dia ingin mengetahui cara melakukan semua perkara.
3. Bermain bersama mereka akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang dia sayangi.
Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.
Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka.

Artikal dari anakku sayang.com

Friday, October 15, 2010

School Holiday Programme!!!

Simple Experiment "Can sink orange?

Cooking " Kek Batik"

Filed Trip Bukit Merah

Art and Craft

Simple Cincau Bandung

Simple Experiment

Muslim Practice "Story Telling"
Decorate Muffin
  
TCB akan mengadakan School Holiday Prgramme sepanjang cuti November-Disember.Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti program kami . Ada pelbagai aktivti menarik menanti. Field Trip, Cooking,Muslim Practice, Art & Craft.