Tuesday, December 22, 2015

 20 FAKTA MENARIK TENTANG AUTISMA

Assalamualaikum..

Bertemu kembali untuk berkongsi sedikit ilmu di sini.. :)
Kali ini,perkongsian yang akan TCB kongsikan adalah mengenai anak-anak syurga yang mengalami autisma... :)

1. Autisma adalah sejenis kecelaruan neurologikal di mana otak memproses maklumat dari persekitaran secara berbeza, menyebabkan tingkah laku yang aneh.

2. Masyarakat sering salah faham mengenai autisma kerana kanak-kanak yang mengalaminya tidak mempunyai apa-apa tanda fizikal. Maka mereka sering dilabel sebagai nakal atau salah asuhan.

3. Kanak-kanak yang mengalami autisma juga sering mendapat diagnosis yang salah kerana autisma tiada tanda-tanda biologikal. Maka mereka tidak dapat didiagnosis dengan,..contohnya, ujian darah. Autisma didiagnosis dengan pemerhatian tingkah laku.

4. Kejadian Autisma semakin meningkat. Dalam tahun 1990an, kadar nisbah di Amerika Syarikat adalah 3 atau 4 kes bagi setiap 10,000 kanak-kanak. Namun,pada tahun 2012, kadar nisbah autisma adalah 1 kes bagi setiap 110 kanak-kanak.

5. Lebih ramai kanak-kanak lelaki yang megalami autisma jika dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan. Nisbah kejadiannya adalah 4 kanak-kanak lekaki : 1 kanak-kanak perempuan.

6. Sehingga kini tiada penawar untuk autisma yang benar-benar berkesan

7. Intervensi awal adalah penting kerana ia boleh meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang mengalami autisma dengan mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan.

8. Kajian menunjukkan bahawa lebih awal intervensi dimulakan, lebih baik pencapaian kanak-kanak ini. Maka, mereka perlu dikenal pasti seawal yang mungkin.

9. Di Amerika Syarikat, kos Pendidikan khas untuk seorang kanak-kanak yang mengalami autisma adalah di antara USD 8,000 hingga USD 30,000 setahun. Manakala kos program lepasan sekolah menengah untuk mereka yang tidak mampu untuk hidup berdikari adalah diantara USD 80,000 hingga USD 100,000 setahun seorang bergantung kepada tahap autisma yang dialami. Ini menunjukkan bahawa pendidikan khas yang berkesan dan berkualiti adalah lebih ekonomik untuk jangka panjang.

10. Kos perkhidmatan seumur hidup bagi individu yang mengalami autisma di Amerika Syarikat adalah USD 32 juta. Adalah dinggarkan terdapat 1.5 juta rakyat Amerika yang megalami autisma. Maka kos untuk menyediakan perkhidmatan untuk individu-individu yang mengalami autisma di Amerika Syarikat adalah USD35billion setahun.

11. Tiga kecatatan utama autisma adalah kemahiran sosial,komunikasi dan imiginasi.

12. Dari segi kemahiran sosial, kanak-kanak yang mengalami autisma kelihatan seperti berada dalam dunia mereka sendiri dan tidak dapat menjalin hubungan dengan orang di sekeliling mereka.

13. 40% kanak-kanak yang mengalami autisma tidak mampu bertutur. Manakala 25-30% daripada kanak-kanak ini mampu bertutur pada usia 12 hingga 18 bulan tetapi kemudiannya hilang kemampuan untuk bertutur. Terdapat juga yang mampu bertutur pada usia 4 atau 5 tahun.

14. 50 hingga 70% kanak-kanak yang mengalami autisma mengalami kekurangupayaan intelektual, terdapat juga sebilangan kecil, iaitu kurang dari 10%, kanak-kanakyng mengalami autisma mempunyai IQ yang tinggi.

15. Kecatatan kepada imiginasi kanak-kanak ini menyebabkan mereka sentiasa mahukan benda-benda yang sama,rutin dan ritual.

16. Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami autisma juga mengalami hiperleksia, iaitu minat yang melampau kepada huruf-huruf dan angka-angka. Ada juga yang boleh membaca pada usia 2 tahun :)

17. Sidrom asperger adalah sejenis autisma, yang juga dikenali sebagai autisma berfungsi tinggi. Lazimnya, mereka mempunyai tahap IQ yang tipikal, mampu bertutur tetapi masih mempunyai masalah dari segi kemahiran sosial.

18. Penyebab autisma masih lagi tidak diketahui. Di antara faktor-faktor yang mungkin menyebabkan autisma adalah genetik, persekitaran, infeksi, toksin, alahan makanan, isu-isu perinatal dan terdedah kepada logam berat.

19. Kebayakkan ibu bapa sangat tertekan untuk mencari caara membant anak-anak mereka. Terdapat segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap ibu bap dengan menawarkan pelbagai kaedah yang kononnya dapat 'mengubati' autisma.

20. Terdapat juga strategi-strategi yang merbahaya seperti 'chelation' dan 'secretin'. Terdapat beberapa kes keatian disebabkan oleh 'chelation'

Semoga sedikit perkongsian info ini dapat memberi ilmu kepada kalian...
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri yang serba kekurangan ini..






Rujukan daripada : Buku 'Do You Know Autism?'
Dari penulis : Hood Mohamad Salleh
                       Hasnah Toran
                       Zaharatul Sophia Mohamed Amir Abas
                       Asihah Mohamed Yusoff