Thursday, April 9, 2015

Mengenali Tingkah Laku Anak-anak Syurga (^_^)

Bismillahi walhamdulillah...

Bertemu lagi ibubapa yang di rahmati Allah sekalian. Hasrat untuk menyambung post berkaitan Autisme terpaksa saya tangguhkan terlebih dahulu. Ingin khatamkan sebuah buku menarik bertajuk "Aku Bersyukur Anakku Autisme". Pasti menarik isinya untuk di kongsikan bersama nanti. Untuk post kali ini, saya akan kongsikan sesuatu masih seputar kanak-kanak.



Pada 18 Mac yang lepas, saya diamanahkan untuk membuat sedikit perkongsian bersama ibubapa di Tadika Cinta Barakah, Proton City sempena hari perjumpaan ibubapa dan guru mereka. Saya memilih tajuk " Mengenali Tingkah laku Anak-anak Syurga" untuk dikongsikan bersama ibubapa.

Mengapa saya memilih tajuk berkaitan tingkah laku?

Rata-rata ibubapa menghantar anak-anak ke tadika dengan harapan :

1. Anaknya akan cepat membaca
2. Anaknya akan pandai bergaul dan mandiri.
3. Anaknya akan pandai menulis dan mengira.
4. Anaknya akan pandai menghafal dan membaca iqra.
5. Anaknya akan pandai bercakap bahasa inggeris.

Namun suka saya ingatkan, terdapat perkara yang lebih penting yang perlu di tangani oleh para guru tadika sebelum objektif -objektif di atas dapat di capai.

Itulah dia tingkah laku.

Bayangkan bagaimana kanak-kanak itu akan mengikuti proses pembelajaran jika rutinnya setiap hari suka mengganggu rakan lain dan meludah.

Atau bayangkan bagaimana kanak-kanak itu akan mengikuti proses pembelajaran jika karakternya diam membisu seribu bahasa.


Justeru, adalah penting bagi para guru tadika untuk mengenali dan mengenalpasti tingkah laku anak-anak didiknya dan memilih pendekatan terbaik untuk melaksanakan aktiviti perkembangan bagi kanak-kanak tersebut.

InsyaAllah akan saya kongsikan beberapa isi penting daripada perkongsian saya di sana :

1. Tingkah laku kanak-kanak bermula sejak mereka bayi. Mereka akan memerhati tingkah laku ibubapa mereka di rumah. Jadi bayangkan, guru-guru tadika perlu mengendalikan kanak-kanak dengan pelbagai tingkah laku yang telah mereka serap selama 4 tahun pertama di rumah!

2.  4 bentuk pendisiplinan dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak :

~ Disiplin yang tegas dan konsisten
~ Disiplin yang keras
~ Disiplin yang terlalu memanjakan
~ Disiplin yang tiada penglibatan dan tidak konsisten.

3. Antara tips ringkas dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak :

~ Mempunyai harapan yang realistik sesuai dengan tahap dan kemampuan anak-anak
~ Arahan ringkas dan berterus terang
~ Tetapkan had yang perlu (Do & don't concept)
~ Puji dan beri ganjaran untuk tingkah laku yang betul
~ Jangan bertengkar atau mengkritik di hadapan anak-anak
~ Kotakan apa yang dikatakan
~ Bersikap konsisten
~ Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Oleh : Puan Nur Izzah Mazani
Pengurus Taska & Tadika Cinta Bestari.